MINUMAN yang sudah hampir separuh, disedut perlahan . Keadaan hingar di sekeliling hanya dipandang sepi.
Faid Harraz hanya bersendiri melayan jiwanya sambil melihat karenah manusia yang kelihatan sibuk ke hulu dan ke hilir.
Dia sendiri tidak faham, mengapa dia boleh berada di sini. Akibat kebosanan yang melampau, dia memilih untuk kelur mengambil angin. Sudahnya, dia berakhir di sini.
Duduk bersendirian sambil memerhatikan kerenah orang ramai. Huh, memang dah takdir agaknya... dia dengan memerhatikan manusia lain memang tidak dapat dipisahkan.
Dalam pada dia sedang leka dengan dunianya itu, matanya terus memberi tumpuan ke satu susuk yang sepertinya sudah biasa dia lihat.
Tumpuan terus ditumpukan sepenuhnya, berharap susuk yang dilihat itu berpaling ke arahnya supaya dia dapat memastikan yang susuk itu memang seseorang yang dia kenali.
Spontan matanya membesar saat apa yang dia harapkan menjadi nyata. Susuk itu berpaling dan serta-merta dia dapat mengecamnya.
Dia terus sahaja laju mengatur langkah mendekati susuk itu. Sebaik sampai, terus ditepuknya perlahan bahu sahabat lamanya itu.
Susuk yang ditepuk bahunya itu terus menoleh. Terkejut dia apabila melihat Faid Harraz sedang berdiri di hadapan matanya.
"Faid!" jeritnya gembira. Mereka terus berpelukan dalam tawa kecil.
Sungguh, pertemuan ini langsung tidak pernah diduga.
"Welcome home, bro! Bila kau balik, ni?" Faid Harraz tersengih.
"Dah lebih setahun kot." Membesar mata sahabatnya itu.
"Gila la! Setahun lebih, baru hari ni kita jumpa!" Dia angkat bahunya.
"Aku lost contact dengan semua orang! Korang pergi mana, ha?" soalnya dengan senyum yang masih tidak mahu lekang di bibirnya.
"Ada je. Hidup je lagi ni!" Mereka sama-sama ketawa dengan jawapan itu.
"Sam..." Tiba-tiba Faid Harraz mengubah nadanya. Ternaik terus kening Sam.
"Seriusly, lama dah aku cari korang. Banyak benda yang aku nak tahu." Saat ini, raut Sam terus berubah. Dia terus memandang sekeliling.
Saat yang sama, Faid Harraz baru terperasan yang Sam sedang memegang erat kereta sorong dan terdapat bayi yang comel di dalamnya.
Matanya silih berganti memandang Sam dan bayi itu.
"Anak kau?" soalnya dengan raut tidak percaya.
Sam angguk laju sambil tersengih.
"My God!" Faid Harraz geleng kepala. Tak percaya sungguh, sahabatnya yang seorang ini sudah berubah statusnya. Pecah ketawa kedua mereka di situ.
"Dengan Lara?" soalnya bersungguh.
Besar harapannya untuk melihat Sam mengiyakan. Sesungguhnya, Lara Aulia juga termasuk dalam senarai orang yang sedang dicari saat ini
Tapi, dia agak merasa terkilan apabila Sam menggeleng lemah dengan raut yang kelihatan pasrah.
Seketika, Faid Harraz terdiam. Tidak menjangka jawapan itu yang dia terima daripada Sam.
"What happend?" soalnya kecewa.
Sam membalas dengan mengangkat bahunya.
"Jodoh," jawab Sam ringkas dan padat.
Faid Harraz mengeluh.
Apa lagi yang mampu dia katakan. Sesungguhnya jodoh itu memang rahsia yang sukar dijangka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...