TIDAK tenteram!
Itulah perasaan yang masih tidak mahu lekang dari dalam hatinya. Pertemuan dengan Faid Harraz dua hari lalu, benar-benar membuatkan perasaannya berkecamuk hebat.
Dia takut!
Pelbagai andaian datang bermain-main serta menyerang fikirannya sehingga untuk melalui hari yang mahu mendatang juga terasa cuak!
Macam mana kalau Faid Harraz tahu tentang Daryna Haira?
Macam mana kalau dia mahu menuntut Daryna Haira darinya?
Tahu tak, Daryna Haira itu sudah sebati dengan dirinya. Anaknya itu sudah diibarat nyawa untuknya.
Dia rela kehilangan semua! Tapi bukan kesayangannya itu.
"Dyan..." Sentuhan Mak Leha di bahunya membuatkan dia pulang ke alam nyata dalam sekelip mata.
"Termenung apa lagi? Mak Leha tengok Dyan sekarang ni..."
Dyan Uqasha terus sahaja meletakkan kepala di bahu kiri Mak Leha. Terdiam terus Mak Leha.
Keluhan yang dilepaskan Dyan Uqasha seolah memberi tanda bahawa beban perasaan yang sedang ditanggungnya kini, sangat berat.
"Apa lagi ni? Ada masalah dengan Daim?" Dyan Uqasha menggeleng perlahan.
Daim Luqman, tidak pernah memberikan sebarang masalah kepadanya. Malah, setiap kali bersama... Daim Luqman pasti akan membuatnya merasa sangat dihargai.
"Mak Leha..." Dyan Uqasha merengek!
Mak Leha mengusap tepi bahu Dyan Uqasha. Kepala digelengkannya.
Sudah lama Dyan Uqasha tidak semanja ini. Sejak kebelakangan ini, wajah Dyan Uqasha sentiasa dilimpahi cahaya gemilang.
"Kenapa? Cuba cakap..." pujuk Mak Leha lembut.
Dyan Uqasha angkat kepalanya dari bahu Mak Leha. Mata tua yang penuh kasih itu dia pandang. Dia mencibir. Dia nak menangis!
Hanya dengan Mak Leha sahaja dia boleh mengada-ngada begini.
"Faid..." Nama itu disebut penuh dengan nada kerisauan. Ternaik kening Mak Leha.
"Faid?" soal Mak Leha tidak percaya.
"Dyan jumpa Faid?" Anggukan Dyan Uqasha membuat Mak Leha terlopong.
"Macam mana..." Mak Leha sendiri kehabisan ayat.
Kenapa pula tiba-tiba Faid Harraz muncul? Setelah bertahun! Petanda apakah ini?
"Faid nak apa? Dia ada cakap apa-apa? Bila Dyan jumpa dengan dia?"
Dyan Uqasha pandang sayu wajah Mak Leha. Nampaknya, Mak Leha juga berkongsi kerisauan yang sama dengannya.
"Tak banyak, masa tu Daim ada." Membesar mata Mak Leha.
"Daim ada? Allah!" Dyan Uqasha gigit bibir bawahnya.
"Daim tak tanya apa-apa?" Dyan Uqasha menggeleng lemah.
"Buat masa ni, belum. Dyan tak tahu la nanti." Mak Leha pula lepas keluhan.
"Kita doa yang baik-baik je, okey!" Tangan Dyan Uqasha diambil dan dipegang erat dalam genggaman.
Kasihannya Dyan!
Baru sahaja dia melihat gadis yang sudah dianggap anak ini mula mahu mengukirkan senyuman bahagia. Ini pula yang terpaksa dia hadapi.
"Dyan takut Mak Leha..." adu Dyan Uqasha. Air matanya mula bergenang.
"Macam mana kalau Faid tahu pasal Daryna. Tak-tak... macam mana kalau Daryna yang tahu pasal Faid? No, macam mana pulak kalau Daim yang tahu semua? Macam mana? Macam mana ni, Mak Leha?"
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...