HARI itu Dyan nekad ke rumah keluarganya. Ada sesuatu yang sering berlegar dalam fikirannya yang perlu diusir keluar dalam kadar segera.
Dia bimbang. Hidupnya semakin dipenuhi kegelisahan. Hari yang dijalani juga menjadi semakin celaru.
Dia perlu cepat mencari jalan keluar untuk semua ini. Tapi, tetap sahaja dia tahu...
Dia tidak akan mampu membuat keputusan terburu-buru. Sekurang-kurangnya, mama dan papa perlu tahu. Jadi, dia tidak akan dipersalahkan lagi kemudian hari.
"Sampai bila kau nak sorokkan dari Daim? Satu hari dia pasti akan tahu bila kau dan dia dah jadi suami isteri nanti."
Saat Faid Harraz mengatakan itu, entah mengapa dia rasakan Faid Harraz sekadar mahu menakut-nakutkan dirinya sahaja.
Tetapi, saat kewarasan akal datang bertandang, dia juga mengakui segala kebenaran itu.
Sesungguhnya, dia tidak akan dapat lari dari sebuah kebenaran!
"Aku tak mahu anak aku hidup menderita hanya kerana sikap pengecut ibunya."
Pengecut?
Betapa marahnya dia saat perkataan itu selamba diucapkan oleh Faid Harraz!
Tapi...
Pengecutkah dia?
Adakah kerana dia lebih memilih untuk menyembunyikan sebuah kebenaran itu termasuk dalam golongan pengecut?
"Aku hormat pilihan kau, kalau kau memang lebih memilih Daim berbanding aku. Tapi Dyan... aku cuma nak kau ingat..."
Dia pejam matanya rapat. Gerun apabila mengingati semula amaran Faid Harraz yang masih terkesan dalam hatinya hingga sekarang.
"Kalau Daim tak boleh terima Daryna... Kalau hidup anak aku sengsara dengan pilihan kau... Aku akan tuntut Daryna. Aku akan!"
Nafas ditariknya dalam-dalam. Mata yang terpejam tadi dibuka semula. Dia melihat ke arah rumah yang megah tersergam di depan matanya itu.
Tidak!
Dia tidak akan membiarkan itu. Dia tidak akan saja-saja mengambil sebarang risiko yang akibatnya nanti akan membuatnya kehilangan Daryna Haira.
Dia nekad!
Kedatangannya ini, hanya untuk memaklumkan! Supaya mama dan papa tahu.
Keputusan yang diambilnya sudah dia genggam erat. Dia tidak peduli pun apa bentuk penerimaan mama dan papa nanti.
Ya, dia tak akan peduli!
Perlahan, diatur langkahnya keluar dari perut kereta dan buat sekelian kalinya... kakinya kembali menjejak ke dalam rumah tersebut.
"Dyan dah hilang akal ke apa?" Menyinga wajah mama memandangnya.
Reaksi begini memang sudah diduga dari awal lagi. Dia tidak peduli!
Dikeraskan juga hatinya.
"Dyan tak nak Daim yang hilang akal nanti bila dia tahu kita memperbodohkan dia selama ini!" Tegas dia bersuara!
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
Chick-LitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...