DSR~28

1.9K 98 20
                                    

DATUK Umar tersenyum nipis. Daim Luqman yang berjalan beriringan itu dia pandang sekilas.

Mereka baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat bagi menentukan syarikat yang terpilih dalam usahasama projek pembinaan sebuah pusat peranginan yang ingin dilaksanakan oleh perusahaan Tan Sri Dawud.

Datuk Umar yakin, peluangnya pasti besar memandangkan bakal menantunya ini akan memberi sokongan penuh untuk syarikatnya.

Dalam mesyuarat tadi, syarikatnya telah pun tersenarai dalam tiga syarikat teratas yang akan diteliti untuk dipilih dalam dua minggu lagi.

"Thanks Luq sebab tolong uncle." Daim Luqman tersenyum.

"Saya tolong mana yang mampu je, uncle. Selebihnya, keputusan tetap di tangan daddy." Datuk Umar angguk kecil. Dia faham, tapi dia percaya Daim Luqman pasti akan melobi syarikatnya kepada Tan Sri Dawud.

"Lagipun, syarikat uncle memang layak. Dah banyak juga hasil dari syarikat uncle yang jadi buah mulut."

Datuk Umar tersenyum lebar. Bangga menerima pujian dari bakal menantunya itu.

"Tapi, pusat peranginan merupakan pengalaman yang baru bagi syarikat uncle. Sebelum ni, kami lebih tertumpu kepada taman perumahan, kondo, mall macam tu."

Kerisauan itu terluah juga oleh Datuk Umar. Dia sebenarnya yakin dengn kemampuan yang dimiliki syarikatnya, cuma dia takut jika diukur dari segi pengalaman, syarikatnya pasti akan tewas.

"Itu biasa uncle. Kalau tak mula, sampai ke sudah la tak ada pengalaman. Kita tengok je nanti. Jangan risau, daddy kan dah lama kenal uncle, pasti daddy pun tahu kelayakan uncle macam mana."

Datuk Umar senyum lagi. Harapnya, apa yang dikatakan Daim Luqman itu benar.

"Oh ya, boleh uncle tahu Luq dengan Dyan sekarang macam mana?" Datuk Umar menukar topik perbualan.

Mendengar nama gadis kesayangannya itu disebut, serta merta perasaan rindu merebak ke seluruh relung hatinya.

Nafas ditarik dalam.

"Okey uncle," jawabnya dengan senyuman bahagia yang terukir.

"Cuma, dah lama juga kami tak jumpa. Saya busy sikit lately ni. Tambahan pula dengan projek terbaru ni..." Daim Luqman lepas keluhan.

"Tapi, perancangan kita akan tetap berjalan, kan?" Daim Luqman kulum senyum.

"Mestilah uncle. Mummy pun dah mula buat persiapan sikit-sikit. Mummy tu dah bising suruh ajak Dyan datang rumah. Tapi sebab saya tak ada masa, asyik tertangguh je."

Datuk Umar berpuas hati dengan jawapan itu.

Lepas ni, pasti syarikat dia akan menjadi keutamaan untuk sebarang projek yang akan diusahakan syarikat Tan Sri Dawud. Lebar lagi senyuman yang terukir.

Daim Luqman yang masih mengukir senyuman bahagia itu dia pandang sekilas.

Besar harapan yang diletakkan kepada anak muda ini. Semoga, rasa sayang anak muda ini yang sudah terpaut kepada anak gadisnya akan membawa tuah kepadanya.

Spontan, senyuman bahagia juga mula terukir di bibirnya.

***

WAKTU makan tengah hari, Daim Luqman berkejar ke pejabat Dyan Uqasha.

Hampir seminggu dia tidak dapat meluangkan masa bersama buah hatinya itu. Dia sudah terlalu rindu.

Berhubung sekadar di talian telefon, tidak mampu mengurangkan rasa rindu yang semakin menggebu dalam dirinya. Jadi hari ini, dia berusaha untuk meluangkan juga masanya, demi sebuah rindu yang ingin dilunaskan.

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now