DSR~29

1.8K 92 14
                                    

DAIM Luqman terkesima sebaik melihat Dyan Uqasha yang berdiri di muka pintu rumah itu.

Pertama kali baginya melihat Dyan Uqasha berbaju kebaya labuh begitu.  Biarpun longgar, namun tetap kelihatan cantik dan menawan. Matanya sendiri seolah tidak mahu lepas dari memandang gadis kesayangannya itu.

"Papa!" Jeritan Daryna Haira yang meluru berlari mendapatkannya membawa dia kembali ke alam realiti.

Daryna Haira sudah melekap elok di peha kanannya. Dia terus duduk untuk menyamakan ketinggian mereka. Pipi kiri anak itu diberikan ciuman mesra. Namun matanya tetap juga mahu melihat ke arah ibu si Daryna Haira ini.

Serasa tidak puas melihat gadis itu malam ini. Cantik!

"Papa..." Daryna yang sudah memeluk erat lehernya merengek manja.

Sekali lagi dia memaksa matanya memandang ke arah anak kecil itu.

"Daryna cakap dengan papa ni..." Ternaik keningnya.

"Daryna cakap apa, sayang? Papa tak dengar, sorry..." Kali ini barulah dia betul-betul memberi tumpuannya kepada anak kecil itu.

"Papa lama tak datang jumpa Daryna." Mekar terus senyuman di bibirnya.

Comel si kecil ini tidak kalah seperti ibunya juga. Dicubit mesra pipi Daryna Haira.

"Ni kan papa dah datang... Daryna rindu papa ye?" Bertambah mekar bahagia dalam hatinya melihat si kecil Daryna itu mengangguk sambil memuncungkan bibirnya.

Sumpah comel!

"Alahai, kesian anak papa ni." Dibawa Daryna Haira melekap ke dadanya.

"Lain kali, kalau rindu papa... suruhlah ibu call papa. Kita boleh cakap dalam telefon." Laju Daryna Haira rungkaikan pelukan.

"Betul?" Bersungguh dia bertanya.

"Betul..." jawab Daim Luqman sambil mencuit hidung si comel itu.

Daryna Haira terseyum gembira sambil memeluk Daim Luqman semula.

"Daryna buat apa tu?" Terlerai pelukan dua beranak itu dengan teguran daripada Dyan Uqasha.

"Peluk papa la," jawab Daryna Haira polos.

"Tak malu," usik si ibu pula.

Daryna Haira tarik muncungnya.

"Ibu jeles la tu Daryna," celah si papa di antara perbualan ibu dan anak itu.

"Ha ah, mesti ibu nak papa peluk jugak. Ibu rindu papa, kot." Terbuntang mata Dyan Uqasha mendengar kata-kata anaknya itu.

"Jadi, papa kena peluk ibu juga la ni?" Bersungguh anak kecil itu mengangguk.

Daim Luqman pun terus berdiri dan mendepangkan luas kedua tangannya lalu berjalan mendekati Dyan Uqasha.

"Come to papa..." Terburai ketawa kedua mereka.

Dyan Uqasha tahu Daim Luqman cuma bergurau.

"Papa tak peluk pun ibu?" soal Daryna Haira pelik apabila melihat tingkah Daim Luqman yang mati separuh jalan.

Mereka saling berpandangan. Senyuman di antara mereka saling bertukar. Daim Luqman angkat keningnya.

"I tak kisah nak hug you. Meh sini," usik Daim Luqman lagi.

"Banyak la. Nak kena cubit ke?" seloroh Dyan Uqasha pula.

Daim Luqman tarik muncung dan memandang si kecil yang ralit menyaksikan mereka berdua itu.

"Ibu kedekut!" katanya acah merajuk.

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now