ENTAH berapa lama dia terlelap. Sebaik mata terbuka, wajah sayu Mak Leha yang menyapu pandangannya.
Terkebil-kebil dia melihat ke sekeliling. Dia berada di dalam bilik? Masa mana pula dia masuk tidur?
"Faid dengan Daim ada kat luar. Dorang risaukan Dyan." Bertaut keningnya.
Dia angkat tubuhnya untuk bersandar di kepala katil. Saat yang sama, kepalanya terasa berat. Dipicit pangkal hidungnya.
"Kenapa dorang risau? Kenapa dengan Dyan?" Mak Leha usap perlahan pipinya.
"Dyan menangis sampai rebah semalam. Terus tak sedarkan diri. Ni pun, Daim yang angkat masuk dalam bilik." Dia gigit bibir bawahnya.
Teruknya.
"Kepala Dyan sakit..." adunya lemah.
Mak Leha lepas keluhan.
"Mak Leha minta maaf, Dyan." Kepala, Mak Leha tundukkan.
Berkerut keningnya.
"Untuk apa, Mak Leha?" soalnya tidak faham.
"Semua ni jadi sebab anak Mak Leha. Mak Leha memang tak pandai didik anak..." Dia pejam mata rapat-rapat. Mak Leha sudah teresak kecil di sebelahnya.
Keluhan beratnya, telepas keluar.
Tipu kalau dia katakan dia tidak merasa marah. Semua ini tidak adil pun untuk dirinya!
Arwah Zana yang berhutang! Kenapa dia yang perlu ditarik sekali untuk menanggung beban itu?
Paling teruk, anaknya Daryna Haira pula yang menjadi taruhan kini!
Dia marah!
Dia kesal!
Dia serabut!
Tapi, semua rasa itu dibiarkan sahaja tanpa mahu diurus. Yang salah Arwah Zana... bukan Mak Leha. Jadi, tak ada sebab dia perlu melepaskan amarahnya kepada wanita itu.
"Bukan macam tu, Mak Leha. Didikan Mak Leha tak salah, cuma mungkin arwah yang tak nak buka hati untuk terima."
Mak Leha tertunduk.
"Dyan rindu Daryna..." katanya sayu. Cuba menukar fokus Mak Leha daripada terus merasa bersalah. Air matanya tumpah lagi.
"Mak Leha tahu. Sabar Dyan... Daim dengan Faid pun tengah usahakan tu."
Keluhan dilepaskan lagi.
"Sorry..." Kedua mereka berpaling ke arah pintu bilik yang sememangnya terbuka sedari tadi.
Kelihatan Daim Luqman sedang menjengukkan sedikit kepalanya.
"Masuklah Daim..." pelawa Mak Leha kepada lelaki itu.
Teragak-agak lelaki itu mengatur langkah mendekati mereka.
Daim Luqman terus mengambil tempat di birai katil, di hujung kakinya.
"Okey?" soal lelaki itu sambil merenung ke dalam matanya.
Dia gigit bibir bawahnya.
Okey?
Macam mana nak okey?
Dia geleng, menjawab jujur pertanyaan Daim Luqman itu.
Daim Luqman mengeluh.
"Sabar Dyan... Kami dah uruskan mana yang patut. Soal duit tu, you jangan risau."
Dia kemam bibirnya. Dia masih tidak mampu merasa tenang slagi anaknya belum pulang ke pangkuannya dan selagi anaknya itu belum betul-betul berada di depan matanya
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...