DSR~16

2.3K 112 23
                                    

HUBUNGAN yang terjalin di antara Dyan Uqasha dan Daim Luqman semakin hari semakin baik. Sudah beberapa bulan hubungan ini berlanjutan, mereka juga sudah semakin selesa sesama sendiri.

Daim Luqman merupakan seorang yang sangat komited. Bukan sahaja dalam perhubungan cinta tetapi juga dalam soal kerjanya.

Dyan Uqasha sendiri sudah fasih dengan kesibukan Daim Luqman itu. Dalam sebulan, dia sudah tahu Daim Luqman akan ke luar negara untuk beberapa kali.

Sejujurnya, Dyan Uqasha tidak tersinggung sedikit pun dengan situasi percintaan mereka ini. Dia sendiri juga, ada masa sangat memerlukan tumpuan yang berlipat kali ganda dari kebiasaan dalam melaksanakan tugasnya di pejabat. Dengan itu, dia tidak pernah mempersoalkan akan kesibukan Daim Luqman itu.

Seperti sekarang, sudah hampir seminggu Daim Luqman ke luar negara. Hanya panggilan telefon sahaja yang menghubungkan kasih antara mereka.

Secara peribadinya, Dyan Uqasha merasa sudah semakin senang bersama Daim Luqman. Setelah sekian lama mereka meluangkan masa bersama-sama, kini Dyan Uqasha akui... Daim Luqman telah memiliki ruangnya yang tersendiri dalam hatinya.

Semasa sedang bersiap untuk keluar makan tengah hari, telefon pintarnya berbunyi. Lebar senyuman Dyan Uqasha saat melihat nama Daim Luqman yang tertera di skrin telefonnya itu.

Pantas panggilan itu dijawabnya.

"You tengah buat apa tu?" soal Daim Luqman setelah salam diberikan.

"Baru je nak turun pergi lunch," jawabnya sambil langkah diatur menuruni tangga ke tingkat bawah.

"You nak lunch dengan siapa?" Berkerut wajahnya dengan soalan Daim Luqman itu.

"Macam biasa la, you tak ada kan... I lunch sorang-sorang la." Daim Luqman tertawa kecil.

Dia memang sudah sedia maklum akan keadaan Dyan Uqasha yang tidak mempunyai kawan baik di tempat kerjanya itu. Dyan Uqasha, merupakan seorang yang sukar untuk membuka dirinya untuk didekati.

Dia akui, perkara itu sangat benar. Dia sendiri memerlukan masa yang agak lama untuk Dyan Uqasha akhirnya benar-benar merasa selesa dengannya.

"Kesian you... tak ada kawan." Kali ini, Dyan Uqasha pula tertawa kecil.

"I dah biasa la, Daim. Tak pela, nanti bila you dah balik, you teman la I macam biasa."

Dyan Uqasha yang baru sahaja sampai di tingkat paling bawah, terus sahaja menuju ke keretanya yang diparkir berhampiran.

Tapi...

"Suprise!" Terbeliak mata Dyan Uqasha. Hampir sahaja telefon yang ditekap ditelinganya sedari tadi itu terlepas.

"Daim?" Daim Luqman tertawa. Suka dia melihat reaksi terkejut buah hatinya itu tadi.

"I miss you," Dyan Uqasha lepas keluhan. Dia masih belum pulih dari kejutan yang diterimanya itu.

Bayangkan saja, mereka sedang berbual di telefon, kot. Konon Daim Luqman masih berada di Washington tetapi tiba-tiba sahaja lelaki itu muncul di hadapan matanya.

Mahu dia tak terkejut!

"Tak baik tau! Kalau I mati terkejut tadi macam mana?" Terlepas ketawa Daim Luqman mendengar rungutan gadis di depannya itu.

Nasib baik la mereka belum halal, kalau tidak... pasti dia sudah menarik Dyan Uqasha masuk ke dalam dakapannya.

Dia rindu!

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now