DSR~45

2.2K 99 24
                                        

DYAN Uqasha tunduk memandang makanan yang tidak pun diusik sedari tadi. Wajah mummy Daim Luqman yang duduk bertentangan dengannya itu tidak berani pun dia tatap.

Tangannya dikepal resah. Raut wajahnya juga tidak mampu untuk dimaniskan.

"Mummy bukan nak marah Dyan... Jangan la macam ni..." Dia angkat perlahan mukanya. 

Mummy Daim Luqman tersenyum manis di depannya. Tapi, mana la dia mampu nak ukirkan senyuman semanis itu dalam keadaan begini.

Mummy Daim Luqman telefon nak bertemu dengannya malam tadi pun dah buat dia menggigil satu badan. Ini pula sudah berdepan begini. Kalau Daim Luqman ada bersama, tak mengapalah juga.

"Dyan..." Dia telan air liur yang sudah terasa pahit. Macam telan racun sahaja rasanya!

"Mummy bukan benci Dyan. Sikit pun tak! Dyan pun tahu kan, Dyan tu menantu pilihan mummy dulu."

Bibir bawahnya digigit.

Dulu?

Maknanya apa tu?

"Cuma..." Gantungan ayat mummy benar-benar seperti mahu merenggut degupan jantung miliknya.

Dia sebenarnya sudah bersedia. Dia tahu ini sebenarnya sebuah penolakan dari mummy Daim Luqman. Cumanya, wanita di hadapannya ini masih memiliki hati yang baik.

Jadi, penolakan dari wanita ini dirasakan sangat beradab.

"Luq tu..." Dia pandang wajah mummy Daim Luqman yang teragak-agak mahu meneruskan ayat.  

"Dia dah sayang sangat dengan Dyan. Dengan anak Dyan pun... mummy..." Mummy Daim Luqman kelihatan serba-salah mahu meneruskan ayatnya.

Dia lepas keluhan perlahan.

"Mummy tak setuju Dyan dengan Daim?" Perlahan dia menuturkan ayat tersebut. Dia cuba untuk memudahkan mummy Daim Luqman yang terus kelihatan serba-salah itu.

Mummy Daim Luqman mendegus perlahan.

"Mummy dah cuba Dyan. Mummy tak benci pun Dyan. Tapi, bila teringatkan anak Dyan, mummy..." Dia angkat keningnya.

"Sebab Daryna bukan anak sah taraf?" soalnya berani.

Entah dari mana dia mendapat keberanian sebegitu. Mata wanita itu dia tentang.

"Dyan..." Mummy Daim Luqman pegang tangannya.

"Mummy bukan nak kecilkan hati Dyan. Tapi, mummy pun manusia biasa. Punya hati, punya kehendak. Mummy tak boleh nak tipu diri sendiri Dyan..." Wanita itu cuba menerangkan situasinya.

Tangannya digenggam lebih erat.

"Mummy tak mahu semua ni berungkit di kemudian hari, Dyan. Sekarang, semua tengah manis, semua benda akan nampak baik. Tapi nanti?"

Kekura tangannya diusap lembut pula.

"Mummy tahu, mummy bukan sesiapa nak atur jodoh. Dulu, mummy yang beria mahukan Dyan jadi menantu. Mummy sendiri rasa bersalah sekarang." Wanita itu menunduk.

"Tak pe mummy. Jangan rasa bersalah. At least, mummy honest dengan Dyan."

Dia pula mengusap kekura tangan wanita itu.

"Dyan faham..." Dia tersenyum nipis.

"Sedangkan papa dan mama pun tak boleh terima anak Dyan. Lagi pula mummy." Dia senyum pasrah.

Demi Sebuah RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang