DAIM Luqman buntu!
Keputusannya telah nekad. Dia benar-benar mahu melepaskan Dyan Uqasha dari ikatan yang bukan datang dari hati gadis itu.
Dia tidak mahu terus bertepuk sebelah tangan lagi. Dia sudah mendengar pengakuan gadis itu dengan telinganya sendiri. Dyan Uqasha, sayangkan Faid Harraz!
Jadi, apa perlunya lagi mereka bersama?
Tapi...
Dalam dia sibuk memikirkan tentang perasaanya, tentang hatinya yang terluka itu... dia sendiri tidak menyangka. Rupanya, ada hati lain yang sedang menagih rasa sayang daripadanya.
Daryna Haira!
Permintaan si kecil itu, benar-benar menyeksa perasaannya. Anak itu rindukan dia. Dia sendiri akui, bukan sahaja anak itu, dia juga jenuh memujuk hati untuk meredakan segala rindu yang datang menyerbu.
Hubungan yang terjalin antara mereka sangat erat. Walaupun baru beberapa bulan mereka saling kenal... namun rasa kasih yang wujud, sangat mendalam.
Oleh kerana itu, saat dia membaca sahaja mesej yang dihantar oleh Dyan Uqasha yang mengatakan anak itu sedang merinduinya... Terus sahaja dia menghubungi Dyan Uqasha.
Dia faham, perit rasanya merindu. Biar dia sahaja yang menanggung beban perasan itu. Anak sekecil Daryna Haira tidak patut dibebani dengan perasaan yang seberat itu.
Kasihan dia!
Jadi, biarlah dia beralah. Demi rasa kasihnya kepada anak itu, hari ini dia kembali menjejakkan kaki ke rumah yang disewa oleh Dyan Uqasha itu.
"Papa!" Daryna Haira meluru berlari sebaik menyedari kehadirannya.
Anak itu berdiri di dalam pagar yang masih berkunci. Dijulur tangannya keluar supaya segera mendapat sentuhan daripadanya.
Tergelak kecil dia melihat telatah si comel itu. Kemudian dia cepat-cepat menyambut tangan Daryna Haira tadi. Mengekek ketawa si kecil itu.
Sempat lagi anak kecil itu berceloteh. Meluah rasa rindu yang ditanggung terhadapnya. Terharu hatinya tika ini.
"Ibu, cepatlah..." Daryna Haira memekik memanggil ibunya supaya pagar yang berkunci itu segera dibuka.
"Daryna, cantik tak papa?" Tergelak kecil dia mendengar soalan itu.
"Mestilah cantik sayang..." jawabnya mengundang senyuman malu anak kecil itu.
"Mestilah cantik... Daryna dah pilih baju lawa-lawa sebab nak jumpa papa, tau!" Lebar senyumannya terukir.
Menusuk terus ke hati rasa kasih yang dihulur anak sekecil Daryna Haira ini.
"Mana ibu ni... Lamanya. Daryna nak peluk papa ni," rungut Daryna Hqira sambil berkerut-kerut mukanya.
"Ibu!" Daryna Haira menjerit sekali lagi. Nampak benar dia sudah tidak mampu bersabar lagi.
"Ia, ibu datang ni..." Dia tersentak. Lama sudah suara itu tidak menyapa gegendang telinganya. Dijeling sekilas ke arah susuk itu.
Ah, terasa gugur segala rasa rindu yang sudah penuh di dalam dadanya ini. Kalau sahaja dia pun bisa memegang tangan gadis itu seperti mana Daryna Haira yang masih tidak mahu melepaskan pegangannya ini...
Pegangan Daryna Haira terlepas seketika apabila Dyan Uqasha membuka pagar yang memisahkan anak kecil itu dengan dirinya.
Sebaik sahaja pagar dibuka, Daryna Haira terus meluru mendapatkannya. Kakinya dipeluk erat. Dia menunduk untuk membalas kembali pelukan si kecil itu.
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...