DSR~13

2.4K 112 14
                                        

MALAM tadi, dia menerima panggilan daripada mama. Seperti biasa, bukan khabarnya yang akan menjadi tujuan utama panggilan tersebut, tapi nampaknya mama lebih risaukan tentang Daim Luqman.

Belum sempat memberi salam, terus mama menerjah dengan soalan wajibnya.

"Macam mana dengan Luqman? Semua okey?" Tertelan air liurnya tika itu. Apa yang perlu dijawab, dia buntu.

Kalau dia kata semuanya okey, nampak sangat dia menipu. Macam mana kalau tiba-tiba mama rajin pula menghubungi Daim Luqman dan bertanyakan tentang mereka? Habislah dia.

Dia sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya bentuk hubungan di antara dia dengan Daim Luqman. Rasanya, sudah agak lama jejaka itu tidak menghubunginya.

Dia sendiri tidak faham, mengapa Daim Luqman tiba-tiba sahaja diam begitu. Mungkin dia sibuk agaknya.

"Dyan dengar tak?" Terus dia berdehem. Mahu membetulkan nadanya yang gelisah dengan soalan mama itu.

"Dengar, ma," jawabnya pendek.

"Dah tu? Kena diam je la? Tak payah jawab?" Mama sudah meninggi nadanya. Terus terlepas keluhannya tika itu.

"Itulah, asyik mengeluh je yang Dyan tahu. Cuba cakap dengan mama sekarang, Dyan dengan Luqman tu macam mana?" Dia gigit bibir bawahnya.

"Macam biasa je, ma. Dia sibuk agaknya." Ya, itulah satu-satunya alasan yang dia rasakan sangat relevan untuk masa ini.

"Maksud sibuk tu apa, Dyan?" Berkerut dahinya dengan soalan mama.

Maksud sibuk? Kena ada maksud juga ke?

Pelipisnya digaru.

"Dah kalau dia tak call, maknanya dia sibuklah. Kan?"

Bertambah berkerut lagi rautnya apabila mama sudah rancak membebel di talian sana.

Salah apa dengan alasannya itu?

"Aduh Dyan... tolonglah jadi dewasa sikit. Kalau Luqman tak call, Dyan tak boleh call dia ke? Itupun nak tunggu mama ajar?"

Dia tarik muka. Tidak puas hati!

Kenapa dia pula yang nak kena menghubungi Daim Luqman itu? Kalau betul jejaka itu memang sedang sibuk, macam mana? Bukankah dia hanya akan mengganggu sahaja?

"Bila last Luqman call Dyan?" Dia berfikir sejenak.

"Dua hari, lepas kami jumpa hari tu..." jawabnya senada.

Ikutkan hati, dia bosan mahu menghadap semua ini. Bukan dia tidak suka berbual dengan mama. Tapi, setiap kali pun perbualan mereka akan berkisarkan hal ini.

Apa, sedikit pun dia tidak berharga ke di mata mama? Sehingga sekelumit tentang dia pun mama tidak pernah kisah?

"Ya Allah, Dyan! Macam mana boleh biar lama-lama macam tu?" Mama berterusan membebel lagi.

Dia pula tiada pilihan lagi selain menadah telinga sahaja.

"Sekarang dengar cakap mama. Mama nak, Dyan call Luqman. Tunjuk sikit effort tu. Jangan sampai dia fikir kamu tak suka dia. Tak baik macam tu."

Diam.

"Dengar tak?" Dia tetap diam.

"Dyan..." Dia mengeluh. Kenapa la rasa bersalah cepat je menghinggap ke tangkai hatinya?

"Ermmm..." Hanya itu sahaja balasannya. Mama pula kedengaran mengeluh di talian sana.

"Mama cakap apa?" soal mama tidak puas hati.  Dia tarik nafas dalam.

Demi Sebuah RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang