DIA masih juga dikuasai rasa gementar yang teramat. Sepanjang perjalanannya memandu, hatinya terus sahaja memutarkan irama lagu yang tidak menentu.
Dia betul-betul punya firasat yang tidak enak mengenai semua ini.
Wajah sayu Daryna Haira yang mencebik menangis, sering berputar ligat dalam fikirannya. Jelas, anaknya itu langsung tidak merasa gembira dan selesa.
Ya, sudah pasti anak itu tidak gembira. Dia bukannya sedang menikmati percutian, tetapi anak kesayangannya itu telah diculik!
Video yang dihantar penculik terbabit, masih berada dalam simpanannya. Sungguh, dia tidak kuat pun mahu menonton video itu waima untuk sekali lagi sahaja biarpun rasa rindu yang ditanggung terhadap anaknya itu sudah melebihi ketinggian gunung.
Beg bimbit yang terletak di kerusi penumpang di sebelahnya dijeling sekilas.
Di dalam beg itu telah terisi wang tunai berjumlah tiga puluh ribu ringgit seperti yang diminta oleh penculik terbabit.
Tapi, hatinya tetap juga terus dilanda rasa gundah.
Dia takut.
Sangat takut.
Faid Harraz dan Daim Luqman keduanya mempunyai rancangan tersembunyi bersama pihak polis.
Sumpah, dia memang tidak mahu campur tangan. Tapi, mereka selalu meyakinkan dirinya bahawa anaknya pasti akan selamat.
Seperti hari ini, saat dia menerima arahan supaya dia menghantar sendiri wang tebusan kepada penculik tersebut, kedua lelaki itu terus sahaja menghantar laporan tersebut kepada pihak polis.
"Bawa wang, pastikan kau bersendiri atau anak kau mampus!"
Amaran tersebut masih kekal utuh dalam ingatannya. Malah, amaran itu kerap kali berbunyi di telinganya. Seolah mahu mengingatkan dirinya bahawa dia sudah membuat kesilapan.
Dia semakin gelisah.
Apa yang dia dah buat ni?
Gelisah yang bermukim semakin membuak-buak di dada.
Diurut perlahan dadanya. Berharap bahawa semuanya akan berjalan seiring yang telah dirancang.
Sepanjang perjalanan bersendiri begini, dia sempat untuk bermuhasabah diri.
Nafas ditarik dalam. Air matanya jatuh lagi.
"Ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah..." lirih suaranya. Stereng kereta sudah digenggam erat.
Dia sedar. Betapa selama ini dia terlalu mendabik dada.
Dia bongkak.
Dia lupa di mana bumi yang sedang dipijak.
Selama ini, dia terlalu yakin mengatakan Daryna Haira itu adalah miliknya.
Miliknya yang mana hanya dia yang berhak ke atas anak itu.
Hanya dia satu-satunya manusia di dalam dunia ini yang boleh menentukan jalan hidup untuk si kecil itu.
Baginya, Daryna Haira itu milik mutlaknya. Hanya dia!
Tiada sesiapa pun di dalam dunia ini yang mampu menandingi kuasa yang dia miliki ke atas anak itu.
Tapi, rupanya dia lupa.
Dia hanya manusia kerdil yang diberikan pinjaman hayat untuk terus menjadi hamba di dunia ini.
Dia sendiri cuma hamba. Tapi, dia tidak segan-silu bersikap meninggi diri.
Kini, apabila dirinya diuji sebegini, barulah dia sedar. Sedar dalam erti kata yang sebenar. Sedar yang dia masih hamba yang perlu tunduk dan akur kepada takdir yang sudah siap tertulis.
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
Literatura FemininaCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...