PERTEMUAN dengan mummy Daim Luqman sudah dia maklumkan kepada lelaki itu. Ternyata lelaki itu sendiri juga sedang menanggung beban rasa bersalah yang teramat.
"I tersepit." Itu kata lelaki itu.
Ya, dia tahu. Daim Luqman itu anak yang baik. Malah, bukan sahaja anak yang baik tetapi juga seorang insan yang baik.
Seperti mana mummynya yang punya ketinggian budi pekerti, begitu jugalah tingginya kebaikan hati yang dimiliki lelaki ini.
Jadi, dia faham benar jika lelaki itu memilih untuk patuh kepada kehendak keluarganya.
"Tapi I ada kehendak hati I sendiri. Sakit..." Sayu terdengar suara lelaki itu.
Lemah terasa mendengar luahan hati Daim Luqman itu. Terasa seperti mahu segera dia mengubati kesakitan yang sedang ditanggung lelaki itu.
Tapi...
"Kita berserah. I tak kan tolak jodoh sebaik you. Tapi, dalam masa yang sama I juga tak akan biar you membelakangkan family you."
Jelas dia mendengar lelaki itu melepas keluhan.
"I dah rasa macam mana hilang family. Sebelum ni, sekali pun I tak pernah hargai nikmat memiliki keluarga. Tapi, bila semua tu ditarik tiba-tiba... baru I sedar macam mana rasa perit tu."
Matanya sudah bergenang kini. Mujur mereka hanya berbual melalui telefon sahaja. Jika tidak, pasti dia sendiri merasa malu mahu menitiskan air mata di hadapan lelaki ini.
"Jadi I tak nak you rasa nasib yang dah menimpa I. Sayang kalau you ketepikan family you yang baik macam tu."
Air mata yang sudah mula menitik cepat-cepat disapunya.
"I masih cuba pujuk mummy. I tahu mummy sayang you. Cuma..."
Dia tersenyum nipis.
"I pun tahu, Daim. Tak apa, biar semua berlalu seiring waktu. I terima semuanya."
Ya, dia sudah bertemu empat mata pun dengan mummy Daim Luqman. Dia dapat melihat, malah merasai ketulusan kasih wanita itu terhadapnya.
"Sebab you dah ada Faid?" Terangkat keningnya dengan soalan tiba-tiba lelaki itu.
Kelu lidahnya untuk menjawab.
"I tahu Dyan. You sayang Faid, Faid pun sayang you. I ni siapa kalau nak dibandingkan dengan Faid, kan? Sebab tu, semua ni mudah je untuk you terima. Sedangkan I?"
Dia terkesima.
"Mungkin apa yang jadi ni akan menyenangkan you untuk buat pilihan. Eh, tak... you dah tak payah nak buat pilihan pun. Sebab I dah terkeluar dari senarai you, kan?"
Berkerut dahinya. Kenapa Daim Luqman terlalu emosi?
"Are you okay, Daim?" Lelaki itu mendegus dengan soalannya itu.
"Tak. I tak okey. Not okay at all!" Dia tergamam.
Nada lelaki itu agak tinggi kali ni.
"Macam mana I nak okey, bila setiap kali pun, I akan terbayangkan you dengan Faid? Macam mana I nak okey, bila I tahu bayangan I tu akan menjadi kenyataan? Macam mana I nak okey, bila I rasa tak berguna langsung sebab tak boleh nak mempertahankan apa yang I nak?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...