DSR~12

2.4K 114 20
                                        

KEJADIAN yang berlaku lama dahulu, masih jelas terbayang di matanya. Kejadian hitam yang agak memberi memori berharga sebenarnya untuk dirinya.

Faid Harraz merenung gambar yang sengaja dibingkaikan itu. Satu-satunya gambar gadis itu yang dia miliki. Jarinya dileretkan perlahan-lahan di atas bingkai kaca tersebut. Terasa seolah-olah dia sedang mengusap wajah mulus gadis idamannya itu.

"Mana kau pergi, Dyan?" lirihnya sayu.

Entah apa agaknya yang gadis itu rasakan setelah kejadian yang telah berlalu itu. Ah, betapa terkilan yang teramat dia rasakan. Dia, sungguh-sungguh mahu berbincang, namun gadis itu pula hilang dan lenyap begitu sahaja.

Kalau sahaja Dyan Uqasha faham apa yang dirasakannya. Kalau sahaja Dyan Uqasha dapat mendengar segala rasa yang bergelodak dalam dadanya hanya kerananya...

Kini, hanya kenangan lalu yang sering menemani siang dan malamnya. Namun, lima tahun masa yang telah berlalu, seolah mendesak dirinya untuk mencipta kenangan baru bersama gadis itu.

Tapi...

Di mana Dyan Uqasha?

Benarkah hidupnya hanya sekadar untuk mengenang segala kenangan?

Faid Harraz mula merasa pelik. Masuk hari ni, sudah dua malam dia tidak melihat kelibat Dyan Uqasha.

Tak sihat ke?

Dia berkira-kira mahu bertanya kepada Lara Aulia, satu-satunya teman rapat Dyan Uqasha yang dia tahu. Tapi, entah bagaimana dia mahu memulakan.

Keluhan dilepaskan lagi. Semalam, dengan penuh bersemangat dia bersiap-siap. Tidak sabar mahu bertemu dengan gadis yang sudah mula mencuri ketenangan hatinya.

Namun, kehampaan sahaja yang dia perolehi. Setelah menunggu, hanya Lara Aulia sahaja yang dilihat tiba. Berkepit seperti biasa dengan si Sam, teman lelakinya itu.

Hari ini, masih juga perkara sama yang berlaku. Dia sudah mula tertanya-tanya.

Mana Dyan Uqasha?

Sudah dua malam begini, dia mula merasa seolah ada yang tidak lengkap dalam kitaran hidupnya.

Dia seperti juga selalu, mengunjungi kelab malam eksklusif itu tetapi hanya selesa sekadar memerhatikan gelagat pengunjung dan ragam manusia di situ sahaja. Jujurnya, dia berkunjung ke kelab malam itu pun kerana desakan kawan-kawannya.

Demi Sebuah RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang