DSR~8

2.6K 134 26
                                    


DYAN Uqasha dan Mak Leha baru sahaja siap bersarapan. Daryna Haira pula masih lagi lena diulit mimpi di dalam bilik tidur.

Baru sahaja mereka melabuhkan duduk di sofa, terdengar bunyi enjin kereta yang seolah berhenti di depan pagar rumah teres setingkat mereka itu.

Mereka saling berpandangan.

"Ada tetamu ke?" soal Mak Leha sambil leher dipanjangkan untuk melihat ke luar.

"Entah la. Kereta siapa agaknya..." Dyan Uqasha tidak meneruskan kata-katanya saat matanya dapat mengecam kereta tersebut.

Pantas dia bangkit. Laju langkahnya diatur menuju ke pintu gelongsor. Mengecil matanya menanti siapa yang bakal keluar dari kereta mewah tersebut.

Mama atau papa?

Tidak lama, kelibat yang ditunggu mula kelihatan apabila pintu belakang kereta mewah itu dibuka oleh si pemandu.

Berkerut dahinya melihat susuk itu keluar dari perut kereta.

Mama?

Mama turun dari kereta mewah itu dan memandang ke sekeliling dengan pandangan tidak selesa.

Cermin mata hitam yang dipakainya, dia bawa naik ke atas kepala. Tangan mama, ligat mengipas ke tubuhnya sendiri. Bahang panas seolah telah meresap ke seluruh tubuhnya. 

Dyan Uqasha berlari anak untuk membuka pagar rumah. Dikerling wajah mama yang masih meliar matanya memandang ke sana dan ke sini.

"Jemput masuk, ma." Mama alih pandangan ke wajahnya.

Jelas dia dapat mendengar mama mendegus. Entah apa yang membuatkan mama merasa tidak puas hati.

Digelengkan kecil kepalanya.

Mama sekadar berdiri di pintu masuk rumah. Hanya menjenguk-jenguk ke dalam. Dia yang berada di belakang mama semakin pelik.

"Masuklah, ma," pelawanya. Mama menoleh sekilas. Melihat wajah mama ketika ini bagai mahu mengundang tawa yang meronta mahu terlepas.

"Masuk puan..." Mak Leha sudah berdiri di hadapan pintu gelongsor. Dijemput tetamu yang kelihatan ragu-ragu itu untuk masuk ke dalam. Senyuman manis, ditayangkan.

Mama melangkahkan juga kaki masuk ke dalam rumah. Seperti tadi juga, mata mama masih terus meliar melihat sekitar. Habis seluruh rumah mahu ditilik agaknya.

"Jemput la duduk, puan." Kali ini baru mama kalihkan pandangan ke wajah Mak Leha.

"Datin! Please call me datin. Faham?" Laju dia menoleh memandang mama. Kemudian dia pandang Mak Leha yang mengangguk dan tundukkan wajahnya.

"Ni siapa? Orang gaji Dyan?" Dia yang agak terkejut dengan soalan mama hanya menggeleng laju. 

"Macam mana dia buat kerja? Tetamu datang rumah, air pun dia tak hidang. Huh!" Sekali lagi, kata-kata mama terhadap Mak Leha membuatkan dia terkesima.

Dia pandang Mak Leha yang sudah kalut mahu ke dapur. Terus dia mendapatkan Mak Leha dan pantas dipegang pergelangan tangan wanita itu.

"Mama, kenalkan, ini Mak Leha, Mak Leha bukan orang gaji. Tapi, Mak Leha yang jaga Dyan dan Daryna kat sini. " Terangkat kening mama sambil tersenyum sinis.

"Whatever!" Mama menggulingkan anak matanya ke atas.

"Kau pergi buat air boleh tak? Aku nak cakap dengan Dyan, ni." Sekali lagi mama mengarahkan Mak Leha.

Mak Leha mahu segera ke dapur, namun dia menguatkan pegangannya di tangan Mak Leha.

"Tak pe, Mak Leha tolong Dyan tengokkan Daryna kat dalam bilik. Biar Dyan yang buat air." Mak Leha kelihatan serba-salah.

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now