DSR~39

1.9K 106 18
                                        

DYAN Uqasha pandang wajah mama dan papa silih berganti. Semalam, dia dihubungi meminta supaya dia segera ke rumah kedua orang tuanya ini.

Dia terus menanti dengan penuh debaran di dada. Entah apa yang papa dan mama mahu katakan. Tapi rasanya, pasti berkaitan Daim Luqman.

"Luq minta tangguhkan majlis. Apa semua ni, Dyan?"

Dia tertunduk. Akhirnya...

Adakah ini merupakan penolakan halus Daim Luqman terhadapnya?

"Dyan degil, kan? Dyan mesti dah bagitahu Luq pasal budak tu, kan?" Keluhan kasar dilepaskan saat perkataan 'budak tu' yang mama gunakan menampar pendengarannya.

"Daryna mama. Nama budak yang mama kata tu, Daryna." Tegas dia mengingatkan. Dia tentang mata mama yang mencerlung memandangnya.

"Bangga sangat ke dengan budak tu?" soal papa pula sinis, kemudian menyambung lagi.

"Sampai belakangkan parents sendiri?" Dia cuma geleng perlahan kepalanya.

Tak habis-habis nak kena hadap benda ni semua. Semak!

"Papa dah bagi amaran. Kau tetap juga nak Luq tahu pasal anak haram tu. Kau fikir Luq boleh terima?"

Dia mendegus geram.

Anak haram?

Sampainya hati papa!

Anak haram yang papa maksudkan itu, nyawa bagi dirinya.

Dia sanggup hilang semua semata-mata demi mempertahankan nyawanya itu.

Papa tak nampak ke?

"Ni, nasib baik Luq cuma tangguhkan. Kalau dia nak putus, macam mana?" Dia terus sahaja diam tidak mahu menjawab apa-apa.

Dia kecil hati.

Sangat berkecil hati.

"Mama nak Dyan pergi pujuk Luq. Mama yakin dia sayangkan Dyan, sebab tu dia tak sampai hati nak putus walaupun Dyan dah bagi tahu semua."

Bertaut keningnya.

Pujuk?

Perlu ke dia terhegeh-hegeh pada seseorang yang sudah pun mengambil langkah mahu menjauhkan diri daripadanya?

Perlu?

"Dengar tak?" soal mama sedikit tinggi nadanya.

Dia angkat wajahnya dan pandang mama. Kemudian dipandang pula papa.

"Mama rasa boleh ke?" soalnya perlahan.

Terangkat kening mama dengan pertanyaannya.

"Boleh apa?" soal mama pelik.

"Boleh ke Daim terima anak haram Dyan tu?" soalnya sinis.

Dia tentang pandangan mama.

"Kalau dia sayangkan kamu, dia mesti boleh terima." Dia menyambut jawapan mama itu dengan senyuman yang sinis.

"Sebab tu papa nak Dyan pujuk, Luq. Ambil hati dia. Tunjukkan Dyan pun sayangkan dia."

Dia alih pula pandangan ke arah papa.

"Macam tu?" Masih sinis suaranya.

Mama sudah mengeluh kasar dengan jawapannya.

"Dyan ni kenapa, ha? Kami ni nak beri yang terbaik untuk kamu. Tapi kamu tetap juga nak menolak. Nak lawan cakap kami. Mama sedih tau."

Mama tunjuk wajah sedihnya. Tapi, sedikitpun dia tidak dapat merasai kesedihan yang konon ditanggung mama itu.

"Beri yang terbaik untuk Dyan?" soalnya sambil menggeleng perlahan.

Demi Sebuah RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang