DSR~14

2.2K 115 18
                                    

DAIM Luqman sudah tidak sabar-sabar lagi, sekejap-sekejap matanya akan mencuri pandang ke arah jarum jam yang dirasakan terlalu lambat berdetik. Hari siang yang dijalani hari ini, terasa amat panjang.

Kalau boleh, dia mahu segera bertemu dengan Dyan Uqasha. Dia mahu melepaskan rindu yang sudah menggebu dalam dadanya. Kepenatan yang dirasakannya juga,  bagai luruh begitu sahaja.

Perasaan semasa pertama kali melihat nama Dyan Uqasha tertera di log panggilannya, sukar untuk dia lupakan.

Seminggu dia menunggu, akhirnya terbalas juga penantiannya. Dia gembira. Sangat gembira!

Jujurnya, dia sempat perlahan-lahan mengajar hatinya untuk merasa kecewa. Dia sedar, cinta yang dihulur kepada Dyan Uqasha... tidak pernah disambut pun oleh gadis itu.

Jelas dapat dilihat daripada layanan gadis itu terhadapnya. Dia,  benar-benar merasa patah hati. Seminggu dia cuba mendiamkan diri, sekalipun Dyan Uqasha tiada usaha menghubunginya. Sungguh, sakit yang dia rasakan tika itu, sukar untuk dia gambarkan.

Tapi...

Tak sangka, akhirnya penawar kesakitan itu tiba juga. Melihatkan panggilan terlepas daripada buah hatinya itu sudah cukup untuk menyembuhkan segala luka di hati.

Biarpun, cuma sekadar panggilan yang telah terlepas, namun semua itu membawa makna yang sangat besar dalam dirinya.

Biar Dyan Uqasha masih belum mampu menerima dirinya, sekurang-kurangnya sudah ada sedikit usaha daripada gadis itu yang menunjukkan bahawa perasaannya terhadap gadis itu bukan sia-sia.

Cukup. Itu, sudah cukup untuk dirinya!

Tepat lapan malam, dia sudah berada di hadapan rumah Dyan Uqasha. Debaran dalam dadanya sangat laju. Berkali-kali ditarik nafas dalam-dalam untuk menjinakkan rasa gemuruh itu.

Ini semua, penangan rindunya terhadap Dyan Uqasha.

Saat pintu rumah Dyan Uqasha mula dibuka, terbuka luas matanya melihat figura cantik yang ayu mengatur langkah mendekatinya.

Terus dia terlupa yang dia sedang berusaha hebat untuk menjinakkan rasa gemuruhnya, lalu rasa itu terus meliar bebas menyelinap masuk ke segenap rongga tubuhnya.

Sedetik pun, matanya tidak mampu dia larikan dari susuk yang sangat menawan itu.

"Assalamualaikum..." Salam yang dialun, kedengaran bagaikan melodi paling indah menerobos ke ruang pendengarannya.

Serta-merta air liurnya tertelan.

Dyan Uqasha yang berdiri tegak dihadapan Daim Luqman terasa gugup. Daim Luqman seolah hilang dalam dunia fantasi.

Dilambai-lambai tangannya betul-betul di depan wajah lelaki itu.

"Daim..." panggilnya lembut.

Hanya senyuman lelaki itu yang dia lihat terukir lebar. Berkerut dahinya.

"Daim!" Dyan Uqasha tinggikan nadanya. Barulah Daim Luqman mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Why?" soalnya pelik.

"Cantik," jawab Daim Luqman sepatah.

"Apa yang cantik?" soalnya lurus.

"Bidadari," jawab Daim Luqman sambil merenung jauh ke dalam matanya.

Berkerut lagi mukanya. Bidadari? Daim Luqman tengah mamai ke ni? Letih sangat agaknya dia ni.

"Ermm, you nak berdiri je kat sini?" Daim Luqman terus tertawa kecil. Belakang kepalanya diusap.

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now