KESIBUKANNYA membuatkan Daim Luqman terpaksa melupakan seketika kehendak perasaan. Segala tumpuannya, dipaksa bersungguh hanya untuk berpaksikan kepada tugasnya.
Telefon pintar yang dikhaskan untuk kegunaan peribadinya yang sunyi dari segala panggilan masuk mahupun mesej itu dia pandang kosong. Keluhan dilepaskan perlahan.
Adakah si dia sedikitpun tidak merasa rindu kepadanya? Termasuk hari ini, sudah hampir seminggu dia menahan diri daripada menghubungi buah hatinya itu.
Terselit sedikit harapan dalam dirinya untuk melihat telefon pintarnya itu bergetar dan bercahaya dengan tertera nama kesayangannya itu di skrin.
Tapi, semua hanya menghampakan!
Jatuh bahunya mengenangkan segala yang berlaku ini. Sakit benar dia menghadapi realiti bahawa cinta yang disemai itu hanya bertepuk sebelah tangan.
Mukanya diraup kasar. Kecewakah dia? Inikah rasanya sebuah kecewa yang sering dia dengar selama ini?
Dia, benar-benar sudah menumpahkan segala perasaan yang dia ada dalam hatinya kepada gadis itu. Setiap rasa yang bernama kasih, sayang, cinta dan rindu yang dia miliki... segalanya hanya bernada Dyan Uqasha.
Hanya Dyan Uqasha!
Tapi, kenapa dia seolah telah menumpahkan rasa kepada tempat yang bukan sepatutnya?
Benarkah, sedikit pun gadis itu tidak merasa bahawa dirinya ini diperlukan dalam hidupnya?
Atau, dia masih belum cukup berusaha?
Ya, dia akui. Tindakannya sentiasa terlambat. Bayangkan sahaja, selepas pertemuan pertama empat mata di antara mereka, dia terpaksa mengambil masa selama dua hari untuk dapat menghubungi gadis itu semula.
Dahinya ditepuk kuat! Dia tahu, malah sangat sedar... pasti sahaja gadis itu fikir dirinya tidak serius dengan hubungan yang dihulurkan ini.
Tambahan pula, dia juga sedar. Dyan Uqasha sedikit pun tidak pernah perasan akan kehadirannya selama ini.
Pertemuan empat mata mereka tempoh hari, jelas dia dapat melihat riak Dyan Uqasha. Ah, namanya sahaja pun dia tidak tahu! Apatah lagi dirinya!
Sedangkan, dia sudah lebih enam tahun mengikuti perkembangan gadis itu. Sejak mereka masing-masing sibuk mengejar segulung ijazah lagi.
Adakah silap dirinya kerana tidak pernah memulakan langkah untuk terus mendekati Dyan Uqasha?
Masih jelas lagi diingatannya pertemuan pertama dia dengan gadis itu. Ya, pertemuan pertama mereka.
Pertemua pertama mereka yang sebenar!
Dari jauh, dia melihat sahaja, Dyan Uqasha yang sedang terjengah-jengah itu. Lehernya dipanjangkan serta matanya meliar merata-rata.
Dia tahu apa yang sedang gadis itu cari. Tapi, sengaja dia mahu membiarkan terlebih dahulu. Suka dia melihat keletah gadis yang seolah tidak sedikit pun terkesan dengan kemeriahan dinner party yang diadakan di rumah agamnya ini.
Gadis itu kelihatan sangat canggung dan tidak betah dengan suasana yang sedang berlansung kini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...