SUDAH hampir satu minggu berlalu. Dyan Uqasha masih juga tidak punya keberanian untuk menghubungi Daim Luqman.
Telefon pintar miliknya digenggam erat. Sekejap-sekejap dibuka aplikasi Whatsapp semata-mata mahu melihat 'last seen' lelaki itu.
Setiap kali perkataan 'online' tertera, hatinya akan merasa berdebar-debar. Setia dia menunggu, mengharapkan perkataan 'online' itu bertukar kepada 'typing', tapi...
Hampa!
Hampir satu minggu ini, masanya banyak dihabiskan dengan merenung gadget tidak bernyawa itu sahaja.
Dia sangat berharap Daim Luqman akan menghubunginya...
Dia benar-benar terseksa!
Benarkah, Daim Luqman sudah benar-benar meninggalkannya?
Sudah beberapa kali dia tekadkan hati mahu menghubungi lelaki itu, namun dibatalkan sahaja niatnya itu akhirnya.
Dia tidak berani!
Dia takut!
Dia risau, kalau-kalau Daim Luqman terganggu dengannya.
Ah, terlalu banyak andaian sebenarnya yang berselirat dalam kepalanya.
Satu yang pasti, dia masih berharap Daim Luqman akan mencarinya lagi.
Telefon pintar yang berada dalam genggaman sedari tadi dilepaskan dan dibiarkan kaku di atas tilam. Lututnya dirapatkan ke dada. Kepala dilentokkan di atas lututnya.
"Daimm..." serunya perlahan.
Dadanya terasa penuh kini. Dia benar-benar terseksa!
Sakit!
Biasanya, apabila Daim Luqman menghubunginya lelaki itu tidak jemu mengucapkan kata rindu dan sayang kepadanya.
Lelaki itu juga pasti tidak lelah untuk bertanyakan soalan sama setiap kali.
You rindu I, tak?
Seolah terngiang-ngiang soalan itu ditelinganya kini.
I miss you, too.
Tidak kira apa juga bentuk jawapan yang dia berikan, pasti kalimat itu yang tetap akan dibalas oleh lelaki itu.
Pasti!
Air matanya, jatuh setitik.
Sekarang, baru dia benar-benar mengerti apa itu rindu.
"Daim... I miss you!" rintihnya sayu.
Terhinjut bahunya. Tangisan kecilnya semakin lama semakin kuat jadinya.
Tiba-tiba telefon pintar yang dibiarkan tadi, berbunyi. Terangkat bahunya kerana terkejut.
Terus dijawab panggilan telefon itu dengan perasaan teruja.
"Daim!" panggilnya sebak.
Namun, talian itu hanya sepi. Tiada sebarang balasan dari pemanggil di sebelah sana.
Saat ini, barulah dia seolah mendapat kewarasannya kembali. Direnganggkan telefon daripada pendengaran. Skrin telefon dilihatnya. Berkerut sedikit wajahnya apabila dia melihat kepada nama pemanggil.
"Faid?" Barulah terdengar lelaki itu berdehem.
"Sorry..." katanya perlahan.
"Are you okay?" soalan Faid Harraz mengundang getar di bibirnya.
Tak, dia tak okey.
Langsung tak okey!
"Okey," jawabnya sepatah.
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...