DSR~30

2.2K 100 14
                                    

DAIM Luqman merehatkan diri seketika di sofa selepas menghantar Dyan Uqasha dan Daryna Haira pulang.

Senyuman bahagia masih tidak mahu lekang dari bibirnya. Melihatkan Dyan Uqasha dan Daryna Haira yang selesa bersama keluarganya tadi, sesungguhnya memberikan rasa yang teramat lega dalam dirinya.

Telefon pintar di dalam kocek seluar diambil. Terus dibuka ruang perbualan di aplikasi Whatsapp di antara dia dengan Dyan Uqasha.

Last seen gadis itu dilihat. Baru beberapa minit lepas. Dia tersenyum lagi. Terus ideanya datang untuk menghantar mesej kepada gadis itu.

Parah sungguh, tidak sampai setengah jam mereka berpisah dia sudah mula merasa rindu. Macam mana ni?

Belum tidur?

Matanya terus melekap memandang skrin telefonnya. Berharap dia akan dapat melihat perkataan 'typing' dengan segera.

Saat mesej yang dihantar bertukar bluetick, dia sudah tersenyum lebih lebar. Kemudian, tidak sampai sesaat mesejnya mula dibalas.

I baru lepas tidurkan Daryna.

Saat ini dia mula terbayang hidupnya selepas bergelar suami kepada Dyan Uqasha nanti.

Pasti nanti, mereka pula yang akan sama-sama menidurkan si comel itu.

You? Bila nak tidur? Rindu I ke?

Dia sengaja mengusik.

You tak tidur lagi sebab rindu I ke tu?

Dia tertawa kecil. Masak benar dengan sikap Dyan Uqasha. Tidak pernah mahu meluahkan apa yang ada dalam hatinya.

Yea sayang... I miss you so much! Macam mana ni?

Dia sudah mengulum senyum. Boleh dia bayangkan riak wajah Dyan Uqasha ketika ini. Kalau mereka sedang berdepan ketika ini, pasti gadis itu akan melarikan wajahnya  memandang ke arah lain.

Mengada! Dah pergi tidur. Esok nak kerja, kan?

Meletus lagi ketawa kecilnya. Balasan daripada Dyan Uqasha itu, memang sudah dia jangka!

Yela sayang... I jela yang rindu dengan you... sayang dengan you... cinta mati dengan you...

Sambil menaip, dia sudah menahan tawa. Dia sengaja sebenarnya mahu mengusik Dyan Uqasha.

Daim...

Dia sengaja membaca tanpa membalas.

Daim?

Dia biarkan juga lagi. Sengaja mahu melihat sejauh mana Dyan Uqasha itu mahu peduli dengan dirinya. Namun senyuman tetap juga terus bergayutan di bibirnya.

Daim... Sorry... I tak maksudkan apa-apa pun. I suruh tidur sebab tak nak you penat. Tadi you dah ulang-alik ambil I, hantar I balik lagi...

Dia baca mesej Dyan Uqasha itu berulang kali. Kepala digelengkan perlahan.

Ingatkan nak cakap I miss you too.

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now