DSR~Epilog

6.3K 177 45
                                        

DIA menjeling ke sisi. Senyuman  terus terukir lebar dibibirnya. Tak sangka, mimpinya kini berakhir dengan menjadi kenyataan.

Wajah tampan yang tidak lekang dengan senyuman itu ditatap penuh kasih. Penuh dengan rasa rindu.

Ya, rindu.

Rindu yang terlalu dalam. Sedalam lautan yang tidak mampu direnangi.

Sedang leka dia menatap wajah kesayangan yang sudah menjadi suaminya itu, lelaki itu turut berpaling memandangnya.

Pandangan mereka terus berpaut menjadi satu. Dia terkedu. Lelaki itu menghantar senyuman paling manis buat dirinya. Tidak semena-mena degupan jantungnya terus memecut laju.

Spontan dia melarikan pandangan. Tapi, spontan juga tangannya ditarik dan digenggam kemas.

Ah, terasa merona wajahnya kini. Tetamu yang sedang menyaksikan persandingan ini tidak lagi dipedulikan. Dia mahu benar-benar menghayati detik ini.

Detik di mana dia telah pun menjadi yang sah kepada lelaki yang sangat dia cintai.

Sumpah, masih sukar untuknya mempercayai, akhirnya... lelaki yang dicintai sepenuh hati ini telahpun menjadi pengantin lelaki buatnya saat ini.

Daim Luqman...

Telah banyak air matanya tumpah untuk lelaki ini. Tapi, siapa sangka semua yang terjadi hanyalah rancangan semata.

Kehilangan Daim Luqman sebelum ini benar-benar meninggalkan kesan yang besar dalam hidupnya.

Dia bersedih, terluka. Lebih tepat lagi, dia merasa terkilan yang sukar untuk digambarkan.

Nafas ditariknya dalam. Tidak mahu lagi mengenang segala kesedihan lepas. Dia, benar-benar mahukan semua ini. Ya, semua ini. Jadi, perkara lain tidak lagi penting untuknya.

"I just tak yakin I boleh sembuh sepenuhnya. Waktu tu keadaan I teruk, so I minta pada semua supaya merahsiakan dari you. I minta mereka palsukan kematian I. Supaya you boleh teruskan hidup dengan bahagia."

Airmatanya menitis. Entah apa perasaannya tika ini. Marah? Gembira?

Entahlah.

Jelas dia keliru.

"I yakin you akan kahwin dengan Faid. Dia lelaki yang baik dan I yakin dia mampu menjaga dan melindungi you."

Dia tertunduk lemah.

"Sampai hati, you. You tak tahu macam mana kesedihan yang I tanggung bila tahu you dah pergi. Pergi macam tu je."

Dia kemam bibirnya yang bergetar menahan tangisan.

"Bukan mudah untuk I lalui semua ni. Saat I benar-benar dah yakin dengan perasaan I, you pula tinggalkan I."

Demi Sebuah RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang