TANGANNYA diramas-ramas tanda resah! Tidak sampai lima minit pun lagi dia menanti, hatinya sudah berkocak hebat bagai gendang yang dipalu laju.Setiap figura yang melewati pintu masuk restoran itu dia pandang. Tapi, dia sendiri tidak tahu bagaimana rupa lelaki yang sedang dia nantikan kini. Perutnya yang sering mengeras tanpa sebab itu dia usap laju.
Tolonglah bertenang! Tolonglah!
Matanya dipejam rapat. Nafas, dia tarik dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Harap, dia mampu perolehi ketenangan.
"Dyan?" Teguran itu hampir membuat dia tercekik air liurnya sendiri.
Pantas dia membuka mata dan mendongak memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya kini. Terkebil-kebil matanya.
Lelaki di depannya ini berperwatakan sangat kemas dan menarik. Boleh tahan!
Senyuman pula sentiasa bergayutan di bibirnya. Giginya putih dan tersusun cantik. Dalam tidak sedar, dia juga turut membalas senyuman lelaki itu.
"Dyan..." Sekali lagi lelaki itu menyebut namanya.
Perlahan-lahan dia berdiri dan menunduk sedikit tubuhnya. Dipelawa lelaki di hadapannya itu untuk duduk.
"Anak Tan Sri Dawud?" soalnya sejurus lelaki itu melabuhkan duduknya.
Berubah sedikit riak wajah lelaki itu sebelum dia mengangguk kemudiannya.
"I'm Dyan Uqasha." Lelaki itu ketawa kecil.
"Of course I know you, Dyan." Dia gigit bibir bawahnya. Lelaki ini mengenalinya? Sedangkan dia? Nama pun dia tak tahu. Aduh!
"Ermm, and you?" Tiada jalan lain, dia terpaksa juga bertanya untuk mendapatkan jawapan.
Dalam masa yang sama, wajahnya sudah terasa menebal. Nampak sangat yang dia lansung tidak ambil tahu. Tapi, nak buat macam mana? Dia memang tak tahu.
Lelaki di hadapannya itu hanya mengulum senyum.
"I dah agak..." Ternaik sedikit keningnya.
"It's okay. By the way... I am Daim Luqman. Harap you akan terus ingat nama tu." Macam kena perli pula rasanya tika ini.
"Sorry sebab kita terpaksa jumpa macam ni." Dia pandang wajah Daim Luqman yang berkata-kata itu. Berkerut wajahnya.
"Maksud you?" soalnya terus.
"I must prepare for our first dating. Right?" Ternaik keningnya.
"It's okay, Daim" jawabnya sambil tersenyum. Mahu lelaki itu tahu bahawa dia tidak kisah dengan semua itu.
Namun, sekali lagi lelaki itu ketawa kecil dengan jawapannya. Dia buat muka pelik.
"Kenapa?" Terkeluar juga soalan itu dari mulutnya.
"Nothing. Just, ini fisrt time tau ada someone yang panggil I dengan nama Daim." Terbuka besar terus matanya.
Tapi, bukan dia sebut Daim Luqman ke tadi? Kan?
Atau, dia tersalah dengar?
Aduh, malunya. Pertemuan pertama dah seteruk ini. Itulah, kalau la dia cerdik sedikit bertanyakan tentang lelaki di depannya ini kepada papa. Tapi... macam mustahil je dia nak berborak dengan papa.
"Sorry, Da... eh... I'm so sorry..." Dia tertunduk kesal. Sekali lagi dia hampir menyebut 'Daim'.
Saat ini, dia sudah mula berserah. Andai sahaja lelaki di hadapannya ini mengalah dan tidak mahu teruskan perjumpaan ini... dia akan terima. Semua salahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/219877384-288-k817944.jpg)
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...