DSR~40

2.3K 105 15
                                        

HUJUNG minggu itu, Dyan Uqasha mahu membawa Daryna Haira untuk bertemu dengan ayahnya.

Setelah segalanya terbongkar, mereka sudah berbincang untuk mencari kata putus supaya tiada hati yang akan terluka.

Dengan itu, mereka sudah saling bersetuju. Setiap hujung minggu, Dyan Uqasha akan membenarkan Faid Harraz meluangkan masa bersama-sama buah hati mereka itu.

Seperti hari ini, pagi-pagi lagi Daryna Haira sudah sibuk bersiap. Anak kecil itu sepertinya sudah arif dengan jadualnya.

Dia tahu, jika ibunya tidak ke pejabat... maka itulah harinya dia akan bertemu dengan ayahnya.

"Tak sabar nak jumpa ayah ke?" Daryna Haira mengangguk malu.

"Jumpa papa nak cantik-cantik. Jumpa ayah pun nak cantik juga?" Daryna Haira terus sahaja duduk di atas ribaannya.

"Daryna nak papa dengan ayah selalu ingatkan Daryna. Nanti, mesti papa dengan ayah selalu nak jumpa Daryna." Dia tersenyum nipis dengan jawapan si kecil itu.

Bila sebut tentang papa... dia akan menjadi resah dan tidak menentu. Lelaki itu sudah menolak dia secara halus.

Sudikan lagi lelaki itu mahu bertemu dengan Daryna Haira yang selalu merindukannya ini?

"Daryna cantik tak, ibu?" Anak kecil itu melompat turun dari ribaannya dan terus berpusing-pusing di hadapannya.

"Cantik..." pujinya meleret.

"Ni baju yang ayah belikan." Bangga anak itu tersenyum.

Dia juga turut terhibur dengan keletah si manjanya itu. Semua perkara akan diingati oleh anak kecil itu.

Hadiah-hadiah yang dia terima, pasti dia akan sentiasa ingat siapa pemberinya. Apatah lagi kalau dari orang-orang yang istimewa untuknya. Seperti ayahnya dan juga papa.

"Cepatlah ibu... Ibu ni suka lambat-lambat. Daryna dah siap dari tadi lagi," rungut si kecil itu apabila melihat dia masih lagi duduk di sofa.

"Sabarlah... Ayah jemput kita hari ni. Tunggulah sampai ayah sampai." Daryna Haira beralah. Terus si kecil itu duduk di sebelahnya.

Tapi sekejap-sekejap kepalanya akan dijengukkan keluar.

Punyalah tak sabar.

"Ibu, cepat-cepat... ayah dan sampai..." Pantas Daryna Haira melompat turun dari sofa dan menghilang ke luar.

Tergeleng kepalanya dengan perangai si anak yang seorang tu.

Mereka terus sahaja bergerak menunju ke mall. Perancangannya mereka mahu menonton wayang. Faid Harraz beria-ia mahu memenuhi permintaan Daryna Haira yang mahu menonton filem kartun yang dilihatnya di televisyen.

Tetapi memandangkan masa untuk menonton belum tiba, Faid Harraz membawa mereka untuk menjamu selera terlebih dahulu.

"Ayah suaplah Daryna..." rengek si kecil itu mengada-ngada.

Dia jeling ke arah anaknya itu.

"Dah besar, kan? Makanlah sendiri." Daryna Haira tarik muka. Mulut sudah dimuncungkan.

"Ibu cemburu ke?" soal Faid Harraz menatap matanya dengan wajah yang nakal.

"Tak de makna!" protesnya laju mengundang tawa kedua beranak itu.

"Daryna... makan elok-elok. Tengok dah comot tu," tegurnya tegas kepada Daryna Haira yang duduk bersebelahan Faid Harraz.

Segera Faid Harraz mengambil tisu di atas meja dan membersihkan sisa comot di mulut anak itu

Demi Sebuah RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang