DSR~31

1.9K 118 10
                                    

SETELAH berkali-kali didesak, akhirnya Dyan Uqasha menetapkan juga hari untuk pertemukan Faid Harraz dengan Daryna Haira.

Itupun, dia mengajak Mak Leha menemaninya sekali. Dia sangat risaukan penerimaan Daryna Haira. Sungguh, dia buntu mahu memperkenalkan Faid Harraz. Dia yakin, anak kecil itu pasti keliru!

Tapi, dia sendiri tidak punya pilihan lain. Mahu terus mencipta alasan juga dia sudah kehabisan idea.

Faid Harraz sendiri sudah tidak sabar-sabar lagi mahu bertemu dengan anak kecil itu. Setiap hari, setiap masa pasti dia akan mengingatkannya tentang hal yang satu itu.

"Dyan risau Mak Leha. Nak cakap apa dengam Daryna?" Pernah dia meluahkan kerisauannya kepada Mak Leha sebelum ini.

Mak Leha seperti biasa. Akan memberi kekuatan dan keyakinan supaya dia terus tempuh dengan sabar.

"Kalau bukan sekarang, nanti Faid tetap menuntut nak jumpa Daryna." Dia telan liurnya.

Dia tahu akan hakikat yang satu itu. Faid Harraz pasti akan terus menuntut haknya!

"Selesaikan cepat, lepas tu kita tempuh je. InSya Allah semuanya akan baik-baik."

Dia tertunduk lemah.

"Macam mana kalau Faid nak tuntut sampai ke mahkamah? Mak Leha rasa dia ada hak sampai ke situ?"

Mak Leha pandang sayu wajahnya. Fasih benar Mak Leha melihat riaknya itu.

"Kita doa yang baik-baik. Mak Leha rasa, kalau Dyan tak berkeras dengan Faid, dia pun tak akan sampai hati nak buat macam tu." Mak Leha peluk bahunya. Erat!

"Faid cuma nak jumpa anak dia. Mak Leha rasa setakat tu je." Keluhan berat dia lepaskan.

Berat, semua ini sangat berat untuknya. Hampir empat tahun dia besarkan Daryna Haira.

Sepanjang dia belajar untuk mengenali hidup, dia cuma ada Daryna Haira. Juga Mak Leha.

Hanya dua insan itu sahaja yang dia punya. Dalam susah ataupun senang. Dalam suka mahupun duka. Dalam derita yang sentiasa terselit bahagia.

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now