DSR~10

2.6K 112 20
                                        

JAM di pergelangan tangan dikerling sekilas. Kemudian sekali lagi dilihat dengan lebih dekat. Tidak cukup dengan itu, jam yang tergantung pada dinding di ruang kerjanya juga dipandang.

Dahinya ditepuk kuat. Jam sudah menunjukkan hampir tujuh petang dan dia masih lagi leka dengan kerja yang berlambak.

Fail-fail yang bersusun tinggi di sudut kiri dia pandang.

"Sebelum meeting serabut, dah lepas meeting pun satu hal," keluhnya sambil disusun fail-fail yang kelihatan senget dan hampir jatuh berselerak itu.

Akibat arahan yang diterima sebelum mesyuarat tempoh hari, kerjanya jadi bertambah sekali ganda. Semua borang pinjaman yang sudah diproses dan diluluskan oleh ahli lembaga pengarah semasa mesyuarat tempoh hari, kini harus disemak semula sebelum diserahkan kepada kerani bahagian kewangan untuk penyediaan cek.

Yang pasti, dia harus menyiapkan semuanya dalam kadar segera kerana ramai pemohon sudah acapkali menghubungi koperasi untuk mengetahui perkembangan lanjut.

"Dyan..." Tiba-tiba interkom di atas mejanya berbunyi.

"Ya kak..." jawabnya terus kerana dia tahu hanya tinggal dia dan juga Kak Rosie sahaja pada waktu ini.

"Lambat lagi ke nak balik? Akak nak balik dah ni. Kalau lambat lagi, Dyan ambil kunci, ye." Dia tidak terus menjawab, dilihat terlebih dahulu kepada kerja-kerja yang masih perlu dia siapkan.

"Boleh la kak, Dyan ambil kunci. Banyak lagi nak kena siap ni," Tangannya masih juga sibuk menyusun setiap fail mengikut keutamaan.

"Elok juga tu. Esok dah boleh buat cek. Lagipun, banyak borang yang masuk meeting kali ni, kan?"

Tidak lama selepas itu, Kak Rosie pun muncul di ruangan kerjanya dan menyerahkan kunci pejabat. Kunci pejabat ini hanya dipegang oleh dua orang sahaja di sini. Iaitu Encik Amir dan juga Kak Rosie. Tapi jika ada pekerja yang perlu bekerja lebih masa, kunci pejabat akan diserahkan kepada individu terbabit.

Setelah Kak Rosie berlalu, dia terus mengunci pintu utama dan kembali temggelam dengan kesibukan kerjanya.

Dia, betul-betul leka dengan kerja-kerja yang perlu segera disiapkan, sehingga dia merasa sangat terkejut apabila tiba-tiba sahaja telefon pintarnya berbunyi.

Suasana yang sememangnya sunyi sepi menjadikan bunyi telefon pintarnya itu kedengaran sangat kuat dan jelas. Cepat-cepat diurut dadanya.

Telefon yang masih berbunyi dicapai. Berkerut dahinya melihat nama pemanggil yang tertera di skrin.

Daim Luqman!

Ini merupakan panggilan pertama yang dia terima sejak pertemuan pertama mereka dua hari lalu.

Dia tarik nafas seketika sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Assalamualaikum..." Terbit senyuman dibibirnya mendengarkan suara ceria jejaka itu.

"Waalaikumsalam..." jawabnya sambil terus menyandarkan tubuh di kerusi untuk menyelesakan diri.

"You tengah buat apa tu?" soal Daim Luqman di talian sebelah.

"I kat ofis lagi ni," jawabnya jujur.

"What? Tengok tak jam dah pukul berapa sekarang?" Dia agak terkejut apabila Daim Luqman meninggikan sedikit suaranya. Terus matanya dilemparkan ke arah jam dinding.

"Alamak..." keluhnya.

"Ha, you baru perasan? Dyan, busy sangat ke sampai dah dekat pukul sepuluh pun you masih kena kerja?" Dia kemam bibirnya. Kerja yang hampir disiapkan itu dia pandang.

Demi Sebuah RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang