DSR~19

2.1K 120 19
                                        

"KENAPA Mak Leha tak nak ikut? Tak pe ke tinggal sorang-sorang kat rumah?"

Dyan Uqasha tersenyum senang dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Daim Luqman.

"Mana la Mak Leha larat nak pusing satu mall ni," jawab Dyan Uqasha sambil tertawa kecil.

"Ni, si kecik ni larat ke?" Daim Luqman usap kepala Daryna Haira yang sedang dipimpin oleh Dyan Uqasha itu.

Daryna Haira tersengih. Ini merupakan pertemuan kedua bagi Daryna Haira dan Daim Luqman. Senang hati Dyan Uqasha saat melihat keserasian yang mula terbina di antara kedua mereka itu.

"Anak ibu memang suka sangat kalau dapat berjalan, kan?" Dyan Uqasha cuit hidung Daryna Haira. Tersipu malu si kecil itu.

"I rasa mesti dia ambil perangai ibu dia... kan?" Terus Dyan Uqasha menarik muncung.

"Jom Daryna. Kita tinggal uncle sorang-sorang." Dyan Uqasha tarik laju tangan anaknya itu, acah-acah mahu merajuk.

Terlepas ketawa Daim Luqman melihat keletah manja Dyan Uqasha dan Daryna Haira itu.

Dia melajukan sedikit langkahnya bagi menyaingi Dyan Uqasha semula.

"Kuat merajuk!" usik Daim Luqman.

Namun Dyan Uqasha sengaja buat-buat tak dengar.

"Daryna... sini dekat papa," Daim Luqman tarik tangan Daryna Haira yang sebelah lagi.

Langkah Dyan Uqasha jadi terhenti. Bukan sahaja kerana Daim Luqman telah menarik tangan Daryna Haira, tapi juga kerana panggilan yang digunakan Daim Luqman kepada anaknya itu.

Papa?

Dia silap dengar ke?

Dia pandang wajah Daim Luqman mahu mendapatkan kepastian.

Daim Luqman pula terus melutut di hadapan Daryna Haira bagi menyamakan ketinggian mereka.

"Lepas ni, Daryna panggil papa. Nak tak?" soal Daim Luqman sambil mengusap pipi Daryna Haira.

Daryna Haira mendongak memandang ke arah ibunya. Daim Luqman juga turut melakukan hal yang sama.

Kini, dua pasang mata memberikan tumpuan kepada Dyan Uqasha ketika ini. Kelu jadinya dia untuk mengeluarkan sebarang kata.

"Papa..." Daryna Haira menyebut perkataan 'papa' itu tetapi matanya masih tidak lepas dari menatap wajah ibunya.

"Daryna nak panggil papa ke?" soal Dyan Uqasha kepada anaknya itu.

"Nak! Boleh tak ibu?" Daryna Haira kelihatan sangat teruja. Dia sudah menepuk tangannya sambil melompat kecil.

"Yeay, Daryna dah ada papa!" Gembira kanak-kanak itu seolah sedang meraikan sebuah kejayaan apabila melihat ibunya itu memberikan persetujuan.

Rasa sebak terus menerpa ke dalam hati Dyan Uqasha.

Sudah hampir empat tahun usia Daryna Haira, namun sekali pun dia tidak pernah menyebut sebarang perkataan yang membawa maksud seorang ayah itu. Mungkin juga dia sendiri masih belum faham, apa sebenarnya papa itu.

"Daryna tengok tv kan, bila ada anak, dia ada ibu... lepas tu mesti ada ayah jugak. Tapi, Daryna dapat papa..." Dyan Uqasha dan Daim Luqman berpandangan serentak.

"Daryna nak panggil ayah ke?" soal Daim Luqman kepada anak kecil yang tidak lekang dengan senyumannya itu.

"Papa!" jawabnya gembira.

Demi Sebuah RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang