DSR~38

2K 100 18
                                        

TUNTUTAN kerja menyebabkan Dyan Uqasha berhenti sejenak daripada memikirkan masalah peribadi yang sedang membelenggunya kini.

Lagipun, masalah di pejabat ini masih ada yang belum selesai lagi. Surat tunjuk sebab yang dia jawab tempoh hari juga, sehingga kini masih belum menerima sebarang tindak balas.

Dia dah agak.

Pasti mereka mahu menjaga periuk nasi mereka sendiri. Jadi, keputusan yang kononnya telah dibuat supaya gajinya dipotong tempoh hari, terus senyap begitu sahaja.

Dia sendiri pun sudah malas mahu kisahkan hal itu. Pandai-pandailah Encik Amir mencari jalan penyelesaian. Yang penting, dia sudah mempertahankan dirinya.

Dia sudah bersediap-sedia sebenarnya kalau-kalau dia dipanggil masuk ke dalam mesyuarat di antara ahli lembaga untuk disoal siasat mengenai surat tunjuk sebabnya itu. Tapi... nampaknya semua terus berlalu tanpa sebarang tindakan diambil ke atasnya.

Bagus juga macam tu. Jadi, rasanya dia sudah boleh berhenti berfikir mengenai masalah itu.

Titik!

Mulai hari ini, dia akan menjalankan tugasnya seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku sebelum ini. Jika Encik Amir boleh berbuat begitu... mengapa tidak dia!

Kan?

"Dulu sorang, sekarang dah ada dua. Makin menjadi-jadi," kata-kata itu tiba-tiba melintas di pendengarannya saat mahu melangkah masuk ke dalam pantri.

"Aku tak boleh brain, elok-elok sugar daddy dia pun..." Terhenti langkahnya yang setapak sahaja lagi tinggal untuk masuk ke dalam ruangan kecil itu.

Keluhan dilepaskan. Perkataan 'sugar daddy' yang didengarinya itu membuatkan dia tahu mereka sedang bercakap mengenainya.

"Dia tak malu ke, ha? Semua nak dibawa ke ofis. Kalau kantoi, huisss aku rasa gempar bumi nanti!" Dia mendegus.

"Tapi kan, entah-entah 'sugar daddy' dia memang tahu kot. Ala, biasalah tak kan nak stay dengan sorang je kalau dah tengah laku, kan? Masa ni la nak buat duit pun."

Rahang diketap mendengar tuduhan melulu itu. Tak faham betul dengan pemikiran manusia zaman sekarang ni. Nama sahaja hidup dalam zaman bertamadun, tapi cara fikir macam otak tu warisan turun-temurun dari zaman batu.

Sempit benar!

"Yela. Agaknya siapa yang sanggup bayar lebih... dia la yang dapat kot, kan?"

Ini kalau dia menunggu lagi, entah sampai ke mana telinganya akan dibawa mendengar jalan hidupnya itu akan direka-reka oleh dua biji bawang besar ni!

Terus dia berdeham sedikit dan melangkah masuk.

Ruang kecil yang agak meriah dengan perbualan mereka itu tadi, terus bertukar. Senyap sunyi.

Senyuman sinis terukir spontan di bibirnya. Dia terus sahaja melangkah untuk membancuh air. Sedikit pun tidak dipedulikan bawang-bawang di belakangnya itu.

Tidak lama pun, ruangan sepi tadi mula dihiasi dengam bisikan-bisikan halus pula. Digeleng perlahan kepalanya.

Tetap juga mereka mahu meneruskan aktiviti meneka jalan cerita hidupnya.

Macamlah dia baik hati sangat mahu memberi imbuhan jika tepat tekaan mereka itu.

Lambat sikit!

Kadang kala, dia merasa lucu juga dengan rakan-rakan sekerjanya ini. Hanya kerana dia kurang mesra dan tidak berapa pandai bergaul, mereka boleh menuduh dirinya dengan pelbagai cerita rekaaan mengikut persepsi mereka sendiri.

Demi Sebuah RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang