DSR~18

2.1K 110 15
                                    

HUJUNG tahun ni... majlis kamu berdua akan diadakan.

Dyan Uqasha raup wajahnya berkali-kali. Kata-kata papa yang satu itu, sudah membuatkan hatinya bertambah tidak tenang.

Hujung tahun?

Kenapa perlu secepat itu?

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk dia betul-betul bersiap sedia. Juga, menjinakkan hatinya untuk hanya mencintai Daim Luqman.

Tapi, itu bukan masalah besar untuknya. Bab bersedia dan menjinakkan hati... dia yakin dia mampu untuk lakukan.

Cuma... sekarang ini, dia jadi semakin tidak yakin dengan dirinya. Dia rasa malu.

Malu dengan dirinya sendiri yang sangat pentingkan diri. Entah bagaimana dia mampu meneruskan hidup dalam satu hubungan yang dibina berlandaskan sebuah penipuan.

Daim Luqman, dia seorang jejaka yang sangat baik hati. Hanya Daim Luqman satu-satunya lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya yang sangat peduli akan dirinya.

Dia merasa resah. Dia jadi semakin bercelaru.

Dia jadi tidak sampai hati mahu teruskan begini. Membiarkan Daim Luqman hanyut dengan tanggapan-tanggapan yang positif terhadap dirinya.

Sedangkan?

Keluhan berat dia lepaskan. Terasa seolah mahu sahaja dihantukkan kepalanya ke dinding batu untuk meredakan segala rasa yang mula bercampur-aduk dalam pemikirannya.

Perbualan semasa Daim Luqman menghantarnya pulang ke rumah selepas makan malam tempoh hari singgah semula ke kotak memorinya.

"Kenapa you macam tak happy ni?" Dia pandang wajah Daim Luqman yang senantiasa beriak tenang itu.

Air liur ditelannya. Terasa tersekat segala luahan yang mahu dilepaskan hanya di kerongkongnya.

"Dyan..." panggil Daim Luqman lembut apabila dia masih terus diam.

Daryna Haira yang sudah lena di pangkuannya itu, Daim Luqman elus perlahan rambutnya.

"You tak suka sebab kena kahwin dengan I?" Spontan Dyan Uqasha mengggigit bibir bawahnya.

"Its not a big deal, sayang. Kalau you belum bersedia, kita minta tanguh dulu." Perasaan bersalah yang sudah wujud semakin menebal dirasakan.

"Bukan macam tu..." katanya perlahan.

"Kalau bukan macam tu, macam mana?" Daim Luqman selesakan duduk dan memandangnya.

Mereka sudah sampai di hadapan rumah sewanya tika ini.

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now