DYAN Uqasha sekali lagi dipanggil mengadap Encik Amir. Cepat-cepat dilihat pada kalender kecil yang terletak elok di atas meja kerjanya itu. Mesyuarat berbaki empat hari sahaja lagi.
Aduh, jangan ada permintaan yang pelik-pelik lagi, sudahlah!
Dengan langkah yang malas, dia atur langkah menuju ke bilik Encik Amir. Seperti biasa, selepas satu ketukan kecil terus sahaja pintu bilik itu dia buka dan melangkah masuk.
Encik Amir, seperti biasa tidak akan peduli pun akan sesiapa yang melangkah masuk ke biliknya. Dia, tetap juga tekun dengan memberi fokus kepada segala kertas kerja yang bersepah di atas mejanya.
"Encik Amir..." sapa Dyan Uqasha yang masih lagi berdiri.
Nak terus duduk, nanti dikata biadap pula. Tapi, kalau dia terus berdiri tanpa menyapa, mahu satu jam pun Encik Amir tak akan perasan kehadirannya di dalam bilik itu.
Encik Amir yang kelihatan tenggelam dengan segala kerjanya itu mendongak seketika melihat ke arahnya.
"Ha, Dyan. Duduk dulu." Dia patuh dengan arahan Encik Amir itu. Selebihnya, dia terus menunggu sebarang arahan yang akan keluar dari mulut Encik Amir.
Jam di pergelangan sempat dijeling. Tidak betah dia dengan masa yang terbuang begitu sahaja. Kalau dia berada di ruang kerjanya sekarang, sekurang-kurangnya satu borang permohonan sudah siap diproses.
Aduh!
"Ni, awak ambil dan baca dulu." Sekeping surat dihulur dan dia menyambut dengan penuh tanda tanya.
Dibaca perlahan isi surat yang nyata agak menyebalkan buatnya.
"Apa ni, Encik Amir?" bentaknya tidak puas hati.
Terhenti pergerakan Encik Amir, fokusnya diberi penuh kepada gadis di depannya ketika ini.
"Dah baca?" soal Encik Amir ringkas.
Dyan Uqasha tayang muka meluat. Ini sudah melampau!
"Apa hal gaji saya pulak yang nak kena potong? Agak-agak la, Encik Amir?" Mengecil mata Encik Amir memandangnya.
"Sebab awak yang proses borang tu. Ada alasan lain yang lebih munasabah?"
Dyan Uqasha menggeleng tidak percaya.
"Saya proses, sebab itu memang kerja saya!" jawabnya bengang.
"Masa proses tu, awak boleh nampak dah kelayakan pemohon tu, kan? Kalau dah tak layak, kenapa masukkan juga dalam meeting?"
Nafas Dyan Uqasha sudah turun naik. Dia benar merasa tercabar kini.
"Ini komplot ke apa? Kenapa saya sorang yang kena?" Encik Amir mengeluh.
"Dah tu?" Bertambah geram Dyan Uqasha mendengar jawapan Encik Amir itu.
"Look! Pemohon yang disebutkan TAK LAYAK dalam surat ni, anak buah Dato' Rashid, tau!" Sengaja Dyan Uqasha menekan perkataan 'tak layak' yang menjadi isu mereka ketika ini.
"Then?" Dyan Uqasha mendegus geram.
"Encik Amir, sebab budak yang tak layak ni, saya kena kerja macam orang gila tau nak proses semua borang yang sama tarikh hantar dengan dia, sekarang tiba-tiba saya juga nak kena tanggung hutang dia? Apa benda ni?"
Saat ini, rasa sabarnya sudah betul-betul berada di hujung, bila-bila masa sahaja kemarahannya boleh meledak.
"Dah terang, salah awak masukkan borang pemohon yang tak layak!" bidas Encik Amir bersahaja.
![](https://img.wattpad.com/cover/219877384-288-k817944.jpg)
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...