DSR~41

2K 96 5
                                    

DIA terus sahaja bergegas masuk ke dalam rumah sebaik Faid Harraz memberhentikan kereta di laman depan. Matanya terus mencari susuk Mak Leha. Jantungnya sudah seperti mahu pecah menahan perasaan.

Dia, terlalu risaukan Mak Leha.

Hanya esakan Mak Leha yang menampar pendengarannya. Segera dia mengatur langkah ke arah suara milik Mak Leha itu.

Di dalam bilik!

"Mak Leha..." Laju kakinya di atur mendapatkan Mak Leha yang sedang terduduk lemah di atas tilam.

Duduknya terus di labuhkan di sebelah Mak Leha. Untuk seketika, Mak Leha mengangkat muka mencari matanya.

Dia terkesima.

Wajah tua Mak Leha sudah dibanjiri air mata kini. Tubuhnya  juga kelihatan lemah seolah sudah kehabisan tenaga.

"Dyan..." Mak Leha meraung dan terus tubuhnya didakap lemah.

"Mak Leha... kenapa ni?" Dia masih bingung sebenarnya.

Keadaan Mak Leha kelihatan sangat teruk. Tapi dia masih tidak mengetahui puncanya.

Namun, dia juga tidak mahu terus mendesak. Dibiarkan Mak Leha melepaskan tangisan semahunya dibahunya.

Dalam masa yang sama, Faid Harraz tiba bersama Daryna Haira. Mereka berdua hanya berdiri kaku di muka pintu.

"Ibu... nenek?" soal Daryna Haira pelik, dari jauh.

Mak Leha yang mendengar suara Daryna Haira terus merenggangkan tubuh mereka.

Air mata yang sudah penuh di wajah disapunya perlahan. Pun begitu, air mata Mak Leha kelihatan sukar untuk berhenti.

Dia urut lembut belakang Mak Leha.

"Kenapa ni? Dyan risau..." pujuknya lembut.

Mak Leha menangis lagi saat diajukan soalan. Dia pandang kepada Faid Harraz. Dia buntu!

Lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik itu apabila memperoleh keizinannya. Lelaki itu hanya berdiri berdekatan dengannya.

Daryna Haira sudah memanjat naik ke atas katil. Namun anak itu hanya duduk di hujung katil. Tidak pun mendekati mereka.

"Mak Leha, kenapa ni?" Diajukan lagi soalan apabila tangisan Mak Leha terdengar sedikit reda.

Dia tidak sabar lagi sebenarnya mahu mengetahui punca Mak Leha bersedih begini.

"Anak Mak Leha..." Setakat itu jawapan Mak Leha sebelum wanita itu kembali menangis.

Dia sudah terpinga-pinga. Anak?

Mak Leha sudah bertemu dengan anaknya? Tapi bila?

Menangis tu kenapa pula?

Dia pandang lagi Faid Harraz yang hanya berdiam dan berdiri berhampiran mereka.

"Kenapa ni Mak Leha?" Dia menghela nafasnya.

Mak Leha tidak pun menjawab soalannya itu, tetapi dicapainya surat khabar yang sudah kelihatan agak renyuk dan dihulurkan kepadanya.

Dia bingung.

Namun surat khabar yang dihulur itu diambil juga. Dia lihat sekilas naskah itu. Namun, terlalu banyak berita yang berada di situ.

"Anak Mak Leha... Dah tak ada, Dyan..." Mak Leha sudah tersedu-sedan.

Dia kembali meneliti surat khabar tersebut.

Seorang perempuan ditemui mati dipercayai membunuh diri.

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now