prologue

14.3K 748 121
                                    

Siap sahaja aku lilit tudung, bag galas berjenama adidas yang tergantung aku capai, topi hitam bersulam lambang adidas juga aku sarung.

Ini lah aku, yang sudah 150 juta kali dibebeli papa untuk jadi seorang anak perempuan yang tulen dengan sifat keperempuannannya

Tapi aku? Aku kan ada ciri-ciri anak derhaka, mana la nak dengar cakap papa walau papa punya bebel ada iras-iras chef one. Tapi aku mengaku tidak bersalah dalam hal ini,

Sebagai satu-satunya anak perempuan dan mempunyai dua orang abang, membuatkan sifat kejantanan aku semakin menjadi-jadi.

Sebelum aku keluar dari bilik, aku memegang volleyball kepunyaan arwah mama, sejujurnya aku lebih minat sukan dari kulinari,

Mungkin sebab darah atelit kepunyaan arwah mama mekar dalam diri aku, tapi sayangnya aku kena dengar cakap papa, atau aku akan menghampakan papa buat kali ke dua.

"Farra, cepat turun ada lagi 30 minit ni." Suara Farhan disebalik pintu kedengaran,

"Kejap! Aku dah siap dah!" Bola tampar tersebut aku letak kembali, terus aku buka pintu dan berjalan keluar dari bilik, Farhan?

Jangan harap dia tunggu, dia lagi suka berlari masa turun tangga, katanya saja je nak bersenam setiap pagi. Aku dan Farhan beza satu tahun, Farhan umur 18 dan aku pula 17 tahun.

Hari ni hari pertama untuk aku masuk ke UA High School, sekolah elit dalam ranking pertama dekat Malaysia. Setahun lebih aku cuba masuk UA High ni akhirnya aku berjaya dengan jayanya!

Tapi yang sedihnya, Farhan tak lepas untuk masuk UA, jadi dia terpaksa duduk je dekat Karana High, alah walhal sekolah tu pun dalam rank top-5

Sampai sahaja dapur aku nampak along yang sedang leka membuat sarapan.

"Wowwww along buat pancake!" Badan sasa milik along meloncat kecil bila aku sergah dia dari belakang,

"Farra elok-elok boleh tak?" Muka along berkerut-kerut memarahi aku, eleh ingat orang takut aaa tu ingat orang takut aaa tu.

Along kemudiannya meletakkan beberapa pancake yang sudah siap atas meja makan, laju sahaja aku dengan Farhan menyambar pancake tersebut macam orang tak makan 10 hari. Ye aku tahu kalau tak makan 10 hari kita boleh mati, tapi tak apa biar je aku seronok dengan kehidupan aku. Okay?

"Farra! Farhan! Elok-elok boleh tak?" Kami berdua dimarahi along, tapi kesah apa kitorang, masih degil jugak tak nak dengar cakap.

Pap!pap!

Terus along mengetuk kepala kami berdua menggunakan sudip yang dia guna masak pancake tadi.

"Along basuh sudip tu! Kutu dekat rambut Ahan dah melekat!" Laju Farhan memukul kepala aku, "adoi!"

"Tiap minggu aku pergi saloon buat treatment rambut! Kau kata rambut aku ada kutu!" Aku memeluk tubuh, konon nak merajuk dengan Farhan.

Macam nilah hidup kami, papa selalu busy uruskan syarikat dia yang dekat Paris, tinggallah along atau nama sebenar Faidil kena jaga dua ekor beruk yang comel yang tersayang.

Faidil ni juga atelit, tapi dia suka memasak, eloklah genetik mama dia dapat papa pun dia dapat.

Aku? Aku reti je masak cuma malas dia Masyaallah kalau setan tengok dia tepuk tangan je gembira tak payah buat kerja, yang tak reti langsung memasak si Farhan ni, tahu duduk rumah habiskan beras je.

Oh umur along pulak 23 tahun.

"Long, aku pergi dulu eh. Pagi ni aku ada hal kena gerak awal." Lepas kenyang melantak Farhan terus bergerak untuk pergi ke sekolah, Along memandang aku sambil mengangkat kening.

Fight or Flight? ©Where stories live. Discover now