"Assalammualaikum saya ucapkan kepada tuan puteri, ini makan tengah hari tuan puteri. Ada apa-apa lagi yang tuan puteri mahukan?" Farhan masuk kedalam bilik aku bersama satu dulang makanan, muka kahwin paksa dia tayangkan.
Siapa suruh cari pasal tolak aku sampai aku yang cantik ni jatuh macam nangka wangi. Terus kaki aku membengkak dan aku pun paksa dia untuk hantarkan makanan masuk dalam bilik aku sampai kaki aku sembuh.
"Okay bibik, nanti kalau dah siap makan I will call you ye." Farhan menggulingkan anak matanya sebelum berjalan keluar dari bilik aku ini, macam ni rasanya ada personal assistant. Boleh menyuruh je selama 24/7 jam tak payah penat-penat.
Jadi hari ni telahpun masuk hari Ahad, menjadikan aku dah kenal budak-budak bola tampar ni masuk satu minggu.
Aku tak pernah rasa ada kawan macam ni, dulu dekat Karana High kawan aku cumalah Farhan dan junior ahli kelab bola tampar memandangkan aku sorang je yang masuk bola tampar dekat sana. Perempuan kebanyakkanya suka masuk bola jaring atau jadi cheerleader untuk pasukan-pasukan lelaki Karana.
Aku? Nak join cheerleaders? Mati hatta hidup balik kalau mati balik pun tak akan. Aku tak nak membazirkan masa aku hanya untuk menggoncangkan kepompom sepanjang masa.
Sedar-sedar je mac and cheese yang Farhan hantarkan ni tadi dah habis, sebagai seorang adik yang baik dan tidak adalah kejam mana aku pun bangun dan cuba untuk bawa tray makanan ini pergi ke dapur.
Cerita dia macam ni,
Sebelum tahun 1999
Maksudnya tahun 1998 lah kan.
Ok la cerita dia aku lupa rumah aku pakai tangga je. Mana lah lift rumah ni, papa tak pernah terfikir nak buat lift ke? Tahu tak penat nak jalan pergi dapur semata-mata nak hantar pinggan je.
"Along! Oooh Along!" Tiba-tiba suara garau milik Harras kedengaran, aku jadi gelabah ayam aku tak tahu nak buat apa aku tak pakai tudung ni aku dah lah banyak dosa tak akan aku nak tambah dosa lagi!
Dengan gelabah sekali aku yang dah turun lima anak tangga itu naik balik, entah macam mana entah nak dipendekkan cerita kaki aku tersadung pada tangga yang terakhir dan dulang makanan yang ada pinggan dan cawan kaca yang aku pegang tadi jatuh dan pecah berderai begitu sahaja.
"Oi bunyi apa tu!" Suara Harras dari bawah ke dengaran, aku semakin menggelabah sampai sel otak aku semuanya terputus, terus aku kutip kaca tersebut dengan tangan aku.
Tangan aku ligat mengutip kaca-kaca yang bertaburan, sempat aku tarik kepala hoodie untuk menutup kepala sebab aku dapat agak yang Harras akan naik kejap lagi.
"Yaallah si pikachu bodoh ni." Aku pakai hoodie pikachu untuk hari ini, entah berapa helai hoodie yang ada dalam almari aku pun tak tahu, setiap chapter aku pakai hoodie macam orang yang tak ada taste dalam bidang fashion. Harras kemudiannya menarik tangan aku dari terus mengutip kaca pakai tangan, bila aku sedar je, tangan aku dah berdarah, habis mozek rumah diwarnai warna merah akibat titisan darah luka tangan aku yang terkena kaca.
Tiba-tiba pula tangan aku terasa pedih, kenapa tadi tak pedih? Kenapa sekarang baru pedih? Aku termenung melihat tangan aku yang dah banyak darah melimpah, tak tahu la bila masa berdarah. Oh tadi sel otak aku terputus, mungkin tadi aku bodoh teruk.
"Pahal ni?" Farhan keluar dari biliknya bila mendengar Harras menjerit kuat, dia kemudiannya memandang aku yang masih lagi duduk memandang tangan yang sudah berdarah, "yaallah kau ni memang bodoh ke?"
Untuk kali ke dua pada hari ini aku dibodohkan, aku tak tahu lah apa nasib seekor pikachu yang comel ini. Dengan sepupu dibodohkan, dengan abang pun dibodohkan. Mentang-mentanglah aku cacat sementara, tahu tak berdosa buli orang oku? Tak tahu kannn?
![](https://img.wattpad.com/cover/222582432-288-k44030.jpg)
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Ficção Adolescente2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...