(Ada budak tu kejap lagi exam dia boleh update pula)
"Kau tak mandi ke Farra?" Riyaan menegur aku yang hanya memandang mereka semua dari jauh, tak akan la aku nak tinggalkan Riyaan ni sorang-sorang pulak tengok dari jauh kesian la member ni. Budak-budak lain tu dah tak fikir panjang dah, tadi Amsyar punya excited sampai lupa keluarkan handphone dari saku seluar, nasib waterproofs.
"Aku teman kau la Riyaan." Aku membalas tanpa memandang Riyaan, mujur jeram ni tak ada orang. Cuma kami semua je ada dekat sini, mungkin pagi lagi kot.
"Awww! Thank you!"
"Kaki kau macam tu sebab aku juga. So, reverse." Riyaan tersenyum hambar, sesekali suara budak-budak yang tengah mandi ni buat aku sakit kepala, tak lain tak bukan jeritan Amsyar, tapi bila tengok balik, Amsyar main dengan Wiwi tak apalah biar je diorang bahagia.
"Anyway Riyaan, kau marah dekat aku ke?" Riyaan menoleh kepalanya memandang aku, cermin mata bulat sebagai hiasan dia turun kan sedikit, tiada riak wajah terpampang pada mukanya.
"Hah? Untuk apa marah kau?" Aku melepaskan satu keluhan berat, dia tanya lagi untuk apa? Kalau dia pandang aku pun dah tak nak senyum macam dulu, selalu diam layan perasaan. Lepas tu dia tanya lagi kenapa?
"Kau tak macam Riyaan yang first-first aku kenal, yang senyum tu sentiasa melekat dekat bibir walau cuma ada pokok je dekat sekeliling kau. Kau tetap senyum Yaan, kenapa sekarang kau macam lain? Aku ada buat salah ke?" Riyaan hanya diam, mungkin berfikir untuk menjawab soalan aku.
"Ahhh...sorry Farra. Aku lupa kau baru kenal dengan aku." Eh dia boleh main lupa-lupa pulak. Macam lawak la tu boleh lupa kawan sendiri? Hah Riyaan Haziq? Dasar burung puyuh.
"Tak kesah la baru ke lama ke, kalau aku ada salah tolong bagi tahu. Jangan diam je." Riyaan tersenyum hambar, sandwich buatan aku dia capai dan suakan ke mulutnya.
"Jangan risau Farra, aku okay je. Kenapa aku nak marah kau? Tapi boleh la jugak marah kan, marah kan tanda sayang?" Dia kemudiannya ketawa kecil, eh budak ni jangan sampai elok kaki je patah nanti nyawa dia pula sekali patah ya. Lawak la tu buat irang blushing? Hah lawak la tu?
"Gurau je, aku mana boleh tengok kau sedih Far. Mahu patah hati nanti, jangan risau oke? Aku tak marah sesiapa pun, cuma tak kena dengan masa je sekarang. Sebab tu aku banyak diam, tengok diorang semua okay je. Diorang tahu aku macam mana, jangan risau ya?" Riyaan cuba untuk membuang perasaan gelisah aku tadi, cermin mata hiasan dia tadi diletakkan atas kepala mungkin rimas tengok air jernih jadi warna kuning.
"Weh Dik! Dik! Nak kain! Kain!" Suara Farhan memberhentikan perbualan kami berdua, Farhan yang baru lepas mandi dengan tak berbaju berlari kearah aku sambil tangannya memegang pipi yang nampak berdarah.
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...