"Ini bukan baju Harras ke?" Baju aku ditarik dari belakang, aku baru nak rasa hari yang bahagia sebab class berjalan dengan lancar terus spoil gila. Sekarang juga dia nak gaduh sekarang juga, aku tengah sakit perut senggugut ni, sekarang juga dia nak gaduh ke?
"Hah? Kau dah nampak nama dia kan?" Aku angkat kepala memandang manusia yang telah spoil kan mood aku pada pagi ini. Muka seorang minion Mina menjadi tatapanku.
"Kau ni memang semua kau nak sapu ke?" Aku mengeluh, tangan dia yang masih tak di lepaskan dari memegang baju aku, aku tolak.
"Diorang bukan sampah aku nak sapu." Aku cuba melangkah pergi meninggalkan budak perempuan ni, aku dah la baru nak rasa bahagia dia spoilkan je mood aku ni.
"Hei perempuan!"
"Dia adik aku." Aku memusingkan kepala, Harras berdiri betul-betul di belakang budak perempuan tersebut. "Miss Naddy, please stop terhegeh-hegehkan aku boleh?"
Harras kemudian berjalan mendekati aku, Naddy nampak macam terkejut tak mampu nak keluarkan sebarang kata.
"Cakap dengan kawan-kawan kau sekali, jangan kacau dia ni lagi. Kitorang sikitpun tak pandang korang tahu?"
"Tapi Harras-"
"Tak ada tapi tapi, meluat tahu?" Naddy tiba-tiba menangis, ha sudah. Aku tak sangka dia obseskan Harras macam ni sekali, Harras ni pun satu tak tahu jaga hati orang ke?
"Har-" aku cuba untuk membantu Naddy yang sedang menangis, namun Harras cepat sahaja tarik aku untuk tinggalkan Naddy sendirian.
"Dia tengah nangis kan tu!"
"Kau ni kenapa bodoh sangat?"
"At least kita jaga lah perasaan orang Harras."
"Dia dah buli kau, kau boleh fikir pasal dia lagi?"
"Dia manusia jugakkan?" Harras menggulingkan anak matanya mendengar jawapan dari mulut aku.
"Berhenti jadi naif Farra Hanani."
"Dan kau berhenti sakitkan hati orang Harras!" Harras terdiam, begitu juga aku yang terkejut dengan tindakan sendiri, depan orang ramai aku baru lepas tengking Harras.
"Kau kenapa?" Harras menolak perlahan bahu aku, aku terdiam tak tahu nak balas apa. "Aku tanya ni kau kenapa?!"
Aku kena tengking ke ni, aku nak nangis. Aku tak tahu kenapa tapi aku nak nangis, tolong aku nak nangis.
"Jawablah!" Harras sekali lagi meninggikan suaranya, orang yang lalu lalang dia buat macam hanyalah sekawan semut yang sedang berkawat satu satu.
"Jom, kita makan aiskrim?" Amsyar yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana menarik lengan aku untuk tinggalkan Harras, "Farra nak aiskrim apa? Hari ni aku belanja."
"Tak apalah Am, lain kali." Aku terus berlalu meninggalkan Amsyar, tak ada mood langsung entah kenapa Harras tiba-tiba tengking aku depan orang ramai macam tu sekali.
Ye aku tahulah salah aku, tapi kenapa dia nak kena marah aku jugak? Dia lelaki kot dia kenalah mengalah.
Entah apa yang aku buat pun aku tak tahu, aku terus masuk ke dalam kereta dan keluar dari UA,
Aku memang brutal tapi kalau aku kena tengking aku nangis wooo..
Kena tengking dengan Harras pula tu, selalu dia marah macam mak-mak kali ni macam singa hilang anak. Dia betul-betul marah aku. Dia nak tinggalkan aku jugak ke? Macam mana arwah mama buat?
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Roman pour Adolescents2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...