Olla! Aku buat cover hshshshs, tahu simple sebab aku malas nak buat cantik cantik hmm
"Farra!" Aisyah melambai aku yang sudah 10 minit menunggunya di hadapan loker miliknya, punyalah janji kata sharp jangan lambat datang loker tiba-tiba dengan jalan lenggang-lenggok macam ratu kebaya dia boleh tersengih-sengih lagi
"Pahal lambat keluar?" Aku memandang Aisyah yang sedang meletakkan barang-barang di dalam lokernya, kemudian Aisyah tersegih bila sedar yang diri dia sudah lambat.
"Aimin lambat tadi."
"Siapa Aimin?"
"Yo!" Seorang lelaki tiba-tiba menghulurkan kepalanya pada belakang pintu loker milik Aisyah yang terbuka,
"Hah, ni lah Aimin kembar aku." Aisyah menutup pintu loker miliknya, bila Aimin nampak je aku berada bersama Aisyah terus dia tertunduk,
"Kau kenapa?" Terkejut melihat Aimin yang tiba-tiba sahaja menunduk, aku busuk ke? Rasanya aku wangi harini sebab mandi guna lifeboi warna kuning. Ke ada cili dekat gigi aku? Atau ada jerawat yang baru tumbuh ni?
"Dia malu." Aisyah terus menarik Aimin untuk berdiri di sebelahnya, Aimin pula masih menunduk sambil tangannya memegang lengan Aisyah yang lebih pendek darinya itu, "Jom pergi cafe, nanti rehat habis."
Kami bertiga sama-sama melangkah kearah cafe bersama Aimin yang melekat dengan Aisyah seperti baby koala yang baru sahaja bertemu dengan maknya setelah 10 tahun berpisah,
"Jadi Aisyah, kembar kau memang antisocial macam ni ke?" Aku mengalihkan pandangan kearah Aimin yang sedang leka bermain dengan PSP miliknya, memang jelas Aimin ni jenis tak suka bergaul riak wajah bosan sentiasa melekat di mukanya dan menguap selang 10 minit.
"Dia active basketball jugak."
"But I'm not enjoying it." Aimin membalas dengan nada penuh bosan, suara dia ni mahal sangat ke macam mana? Susah betul nak bercakap.
"Anyway Aimin aku Farra." Aku cuba beramah mesra bersama Aimin ini, mukanya yang sebiji macam Aisyah ini memandang aku, dalam sepuluh saat kemudian dia sambung menumpukan perhatian kearah screen psp nya kembali.
"Kau yang tampar Nabil hari tu kan?" Tiada sebarang kata keluar dari mulut aku, alamak acane dia tahu ni? Satu sekolah tahu ke? Kalau aku kena buang sekolah macam mana? Yuran nak masuk UA ni dah la tinggi kalau aku kena buang mesti papa tak mengaku anak, acane aku nak kahwin acane aku nak dapat anak dan ajar anak-anak aku main bola tampar? Aku dah la dah 17 tahun hidup dekat dunia ni dan masih single yaaah kau bantulah Farra Hanani yang cantik ini..
"Macam mana kau tahu? Haaa hahaha haah hahahahaha aku lah tu ahhahah." Aku mula berasa janggal, Aisyah yang berada di sebelah aku pula memandang aku macam aku baru buat dosa besar,
"Kau tampar Nabil? Seriously? Brutal gila! Bukan kau ada tarik rambut Bella sekali? Brutal gila!" Teruja habis si Aisyah ni memandang aku, tangannya pula dari tadi menepuk-nepuk meja cafe.
"Aku tertampar, bukan sengaja hahahaha." Aku mula terasa jangal yang teramat, setiap perkataan yang keluar dari mulut mesti akan diakhiri dengan ketawa hambar,
"Nabil memang macam tu, I'm sorry for him side." Aimim bercakap sambil matanya masih fokus kearah psp tersebut, jadi Aimin ni mesti kawan Nabil yelah dia player basketball no wonder jugaklah dia pun tinggi cuma badan dia kurus tak macam Nabil yang hari tu fit dan nampak seperti athlete.
"Jadi kau memang tak ada benda lain yang boleh dibuat ke?" Aku memandang Aimin, dia leka bermain PSP sambil menyuap kentang goreng dalam mulutnya,
ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Ficțiune adolescenți2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
