2020
UA Highschool series
"Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan."
[Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
Astaghfirullah aku rasa aku exam weeks ni, tapi kenapa aku update ya?
Sedikit gambar jeram tengkek yang low quality tapi boleh la guna untuk bayang bayang.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Hah ekorang sumo pi mandi joram yo? Sonok tak mandi tu?" Nenek meraikan ketibaan kami dengan senyuman, haah nek seronok sangat, nasib tak kena maki dengan bunian je nek sebab perangai diorang serupa beruk.
"Seronok nek! Air tu tinggi!" Amsyar membalas, ye la dia lah paling teruja bila kata air terjun tu belah atas kita boleh naik, bila sampai atas bahagian air terjun dia boleh nak terjun ke bawah ingatkan gelongsor. Nasib sempat halang kalau tidak dah tamat riwayat dia dah. Sampai bab 68 je Amsyar hidup.
Mati sebab apa?
Excited nak terjun ikut air terjun.
Allahu, tak tahu la itu boleh dikira sebagai suicide ke mati dalam iman ke syahid, macam mana nanti, keliru. Nak letak dia ni nak dekat syurga ke neraka ni?
"Ni Farhan, muka calar tu kenapa?" Farhan mengeliat kecil, penat mungkin 2 jam straight mandi tak ingat nak balik.
"Jatuh pa, batu licin." Papa menggeleng-gelengkan kepalanya, nasib dah tua kalau Farhan ni kecik lagi mahu menggelabah dia cari minyak gamat la hand sanitizer la, eh tiber bethol hand sanitizer.
"Ekorang pi la rehat dulu ya, nenek tengok si Ahan ni pun macam tak ghupo orang dah." Farhan dah menguap lebih kurang sepuluh kali, mungkin sekarang sebelas. Aku terus melangkah masuk bilik. Mengantuk jugak la mungkin sebab penat bermandi-manda.
Adila pula dah balik, sebab Wiwi dah awal-awal tidur dalam kereta pekena air-cond dan dodoian Riyaan. Aku pun penat juga, aku terus masuk bilik dan kunci pintu.
Dalam dua minit aku baring atas katil yang diperbuat dari kayu jati ni, aku terlelap.
☆彡
Kejap aku lupa, kalau macam author punya pov tu apa kita panggil? Third person pov or first? Lantak la yang penting ni Fartiraz pov.
"Ni apo eh namo ni." Nenek menepuk bahu Wais yang sedang leka membaca buku, Wais seperti biasa. Tak tahu nak senyum, muka tiada riaksi itu memandang nenek sambil menjatuhkan sedikit cermin mata bulatnya. Memang Wais specky tapi dia pakai waktu baca buku ja. Katanya nanti tak nampak kacak.