You faking all your pain, now you're bleeding on the stage
"Farraaaaaaaaaaaaaaaa!" Suara Aisyah menjerit nyaring terus mematikan keceriaan pagi aku, aku baru je lepas lari dari beberapa ketul junior yang tiba-tiba jadi caring, ditambah dengan Aisyah yang entah kenapa menjerit macam dekat koridor ni tak ada orang lagi.
"Sori, aku tak melawat kau. Kereta aku rosak."
"Dah tu kau datang ni naik apa?"
"Nabil." Aku hanya diam tidak membalas, Nabil tu jiran dia so tak ada benda yang pelik mana pun memandangkan diorang dah kawan dari kecik. "Aku ajak dah dia melawat kau hari tu, tapi dia busy training untuk MESD final, diorang dapat masuk final jugak."
Aku baru teringat, aku datang loker ni sebab nak ambil botol air lepas tu nak masuk dewan, tapi terserempak pulak dengan Aisyah ni.
"Oh Shah, aku nak kena pergi dewan. Nanti rehat kita jumpa dekat cafe." Botol air dalam loker aku keluarkan kemudian pintu loker aku tutup.
"Oh haah, aku pun ada training ni. Netball pun dapat masuk final tau! Wish me luck!" Aisyah mengenyit mata sebelum berlalu pergi, aku cuma berharap sangat kejadian tu tak tersebar dekat semua pelajar UA.
Tapi kalau diorang nampak kononnya Prince Charming diorang tu berbalut sana-sini macam mana?
Kita bagi je alasan diorang jatuh dalam bilik air beramai-ramai.
"Assalam..mualaikum..." hanya Amsyar dan para junior sahaja yang baru ada dalam dewan, aku dari hari kejadian lagi tak dapat jumpa Riyaan. Bila nak jumpa je dia bagi alasan dia malas nak keluar rumah, dia allergy matahari, dia allergy bagun dari katil.
"Mana yang lain?" Aku mengambil tempat duduk di bahagian hadapan dewan ini,
"Diorangkan memang sentiasa lambat." Amsyar mengeliat kecil lepas siap buat regangan, kemudian dia baring atas lantai dewan ini,
"Kau nampak penat Am."
"Aku training non-stop untuk cover Riyan dengan Danie yang tak ada final ni."
"Kau kena fikir juga diri kau Am, anyway dah jumpa lagi sorang player kita nak ambil nanti?" Amsyar terdiam, kemudian dia membuka matanya.
"Adik Danie kan ada." Aku tak pernah tau yang Danie ada adik, okay mungkin sebab aku baru kawan dengan diorang tiga bulan. Lagipun bukan dia pernah cakap yang dia tak ada adik ke?
"Danie ada adik?"
"Diorang tak sekepala."
"Assalammualaikum." Danie melangkah masuk kedalam dewan bersama seorang budak lelaki yang lebih kurang seiras dengannya, cuma beza dia budak lelaki yang Danie bawak ni rambut pendek dan muka bengis sikit dengan style pakaian yang nampak penuh emo.
"Damien, pakai baju sukan la." Amsyar membaling bola tampar kearah Damien, kasar budak lelaki tersebut menepis bola yang Amsyar baling tadi.
"Diamlah kau pendek."
"At least aku lagi tua!"
"Kau cuma awal tiga bulan, so what?" Damien memeluk tubuh, betul ke ni adik Danie? Kenapa Danie punya baik macam malaikat sampai dekat adik dia ni Astaghfirullahalazim serupa setan level atasan betul..
"Damien, cuba behave sikit."
"Aku cuba kalau kau tak ajak aku buang masa dekat sini." Damien menggulingkan anak matanya tanda meluat, aku terus bangun dan mendekati mereka berdua nak berkenalan lah kononnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...