81

3.6K 385 98
                                        











Author's pov

Wais baring sambil menatap syiling putih biliknya, hari yang memenatkan untuk menahan rasa sedih bercampur gembira.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk, tahu akan siapa yang berada di sebalik pintu tersebut Wais hanya diam tidak bersuara.

"Aqim, tak tidur lagi ke?" Wais mengalihkan kepala ke arah pintu biliknya, susuk tubuh lelaki tua yang telah banyak jasa padanya itu dia pandang sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis.

"Tokabah masuklah, Aqim tak boleh tidur pun." Wais lantas duduk atas katil untuk berikan ruang bagi Tokabah duduk, Tokabah terus duduk di atas katilnya.

"Aqim nampak sedih tadi masa balik, ada apa-apa jadi ke?" Seperti tahu sahaja apa yang telah berlaku Tokabah bertanya, tanpa meminta izin Wais meletakkan kepalanya di atas pangkuan datuknya,

"I help Riyaan confessed his feelings to Farra." Tokabah menepuk-nepuk bahu satu-satunya cucu yang dia ada tersebut,

"Farra terima?" Wais memusingkan kepala untuk memandang Tokabah, kemudian dia hanya membalasnya dengan gelenggan.

"Apa yang Farra buat lepas tu?"

"She rejected him, but they still be friends." Tokabah tersenyum, faham apa yang terjadi. Faham apa langkah yang budak perempuan bernama Farra tersebut ambil,

"Aqim rasa kalau Aqim confess dekat Farra juga, Farra will accept you?" Wais terdiam seketika,

"No." Sepatah dia membalas, Tokabah melepaskan satu tawa kecil,

"Walau Tokabah baru kenal Farra tu, tapi Tokabah nampak dah dia bukan jenis yang letak love as main priorities," Tokabah diam seketika, "Aqim tahu apa yang lagi penting dari relationship?"

"Friendship?" Wais cuba meneka jawapan kepada soalan Tokabah tersebut, lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu mengangguk kepala bangga.

"Aqim dengan Yaan kawan lama dah kan? Aqim tak boleh biarkan perasaan Aqim ni musnahkan apa yang Aqim dah bina. Perasaan ni jahat, kadang-kadang dia boleh bunuh diri kita sendiri." Tokabah menepuk-nepuk dada Wais, budak lelaki itu hanya termenung mungkin sedang hadam apa yang cuba datuknya sampaikan.

"Sama juga macam Farra, jangan rosakkan persahabatan. Jodoh, ajal di tangan Allah kan Aqim? Anggap je kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, ada perempuan yang lagi baik untuk Aqim ada lelaki yang lagi baik untuk Farra." Tokabah membelai rambut Wais sambil memberi cucunya itu pesanan, tahu akan Wais yang semangnya akan faham apa yang dia sampaikan ini, dalam hatinya ada sedikit bangga yang timbul dalam dirinya. Dapat cucu seperti Wais,

"Untuk sekarang, Aqim fokus dekat diri Aqim dulu. Nikmati maksud persahabatan tu sekarang, sebab nanti kita tak tahu apa yang akan jadi. Boleh jadi apa yang Aqim ada sekarang ni hilang satu hari nanti." Tokabah menepuk-nepuk bahu Wais,

"Faham ya? Tokabah tak nak cucu Tokabah ni sedih macam ni, semua yang berlaku ada sebab Aqim. Buat masa sekarang ni Aqim tak payah fikir dulu pasal semua ni, Tokabah tahu sakit rasanya tapi jangan sebab cinta kita buta." Wais bangun dari terus berbaring atas pangkuan datuknya,

"Hidup jangan benci membenci, jangan juga saling bermuka-muka. Tokabah tahu Aqim ni budak baik kan? Ingat jodoh tu semua di tangan tuhan," Tokabah akhirnya berdiri untuk beredar, Wais pula duduk sambil mengukir sebuah senyuman kepada datuknya,

"Terima kasih Tokabah, Aqim faham dah sekarang ni." Tangan datuknya dikucup sebelum tidur, lampu bilik Wais Tokabah tutupkan. Memberikan ruang buat cucunya untuk tidur memandangkan sekarang sudah lewat malam.

Fight or Flight? ©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang