Chapter pendek dan mungkin hambar idk sejak start sekolah lawak saya macam hilang je.
"Did you know that atoms never touch each other?"
"Dam kau tak menjawab soalan ni." Damien mengalihkan kepalanya untuk memandang ke arah Khai dan Adam yang sedang sibuk berlatih.
"And since we're made of atoms..."
"Damien..."
"We have never touched anything in our entire lives..." kepalanya dialihkan untuk memandang aku semula, "so to answer your guys question..."
"No, aku tak tumbuk muka Nabil."
"What do you mean no?" Wais mengeluh perlahan, kenapa junior dia yang lain semua elok je perangai sampai yang sorang ni sakit hati betul.
"I mean no, you want to hear it in Spanish? Noh." Sekali lagi budak Damien ni bermain-main riak wajah dia dari tadi tenang seperti biasa dengan senyuman nakal sebab seronok melihat muka sakit hati kami.
"Are you a traffic light? Cause STOP!" Danie terus tampar kepala Damien yang dari tadi bergurau bila orang suruh dia jujur, main-main pula dia ni, tapi tak apa diorang adik beradik bapak yang sama bayar zakat jadi tak salahpun kalau Danie pukul kepala adik dia sendiri. Hestek tiber. Dean, cikgu displin dengan cikgu kaunseling semua tengah Damien.
"Okay aku tumbuk muka dia." Tenang Damien membalas, "sebab dia rude sangat."
"Bibir dia pecah Dam, kau serious lah?" Riyaan nampak serabut, macam dia yang pukul Nabil padahal si Damien ni.
"Haah, lepas tu? Kau lupa Farra pernah buat hidung dia patah, kau pernah sepak kepala dia, Amsyar pernah bantai dia—"
"Bukan aku tapi Amirul."
"Err...hello hidung dia tak patah, cuma berdarah?"
"Silly, korang sama je. Jadi aku try la tumbuk muka dia sebab dia terlalu kurang ajar, not my fault. Lepas tu how come korang buat dia bapak dia tak kesah sampai aku satu sekolah cari aku?" Damien cuba untuk back up diri dia sendiri walaupun terang-terang dia salah and diia kata aku buat hidung Nabil patah? Hello?? Hidung dia darah je tak patah pun.
"Aduhhai Dam, kau kena reti bezakan form 5 dengan form 4 tak sama." Seperti biasa, Harras yang kuat bebel macam bapak-bapak membalas sambil membuat regangan, cuba kalau aku yang buat hal mahu dia pukul aku macam aku tak ada deria sakit.
"Kau ni benda terang lagikan bersuluh di waktu tengah hari ni Dam, sekali dengan lampu dewan lagi ni. Kau nak nafikan apa lagi?" Riyaan menggeleng-gelengkan kepalanya, pening kenapa Damien perangai macam ni.
"Ah, aku Damien tak kesahlah dia form 5 ke tua ke makcik kantin ke kalau dia kurang ajar dia still—"
"Tengku Damien Irwan." Terhenti perbualan kami semua, satu dewan menjadi senyap. Tiada bunyi lantunan bola, bunyi orang berbual mahupun bunyi tapak kaki. Semuanya seperti beku sebentar.
"Masuk bilik saya sekarang."
"Got to go guys." Damien berdiri dengan tenang, tangan kanannya dimasukkan ke dalam saku seluar nampak macam tak buat sebarang dosa langsung.
Amsyar turut berdiri, rasanya dean sebut nama Damien sorang kenapa dia bangun sekali ya?
"Oi Am, nak gi mana."
"Buat kerja aku la apa lagi." Tidak menjawab soalan, patutlah exam setiasa gagal terus dia berjalan keluar dari dewan,
"Dia nak pergi mana?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Novela Juvenil2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...