"Assalammualaikum dan hello kepada budak-budak yang telah menyusahkan aku!" Aku melangkah masuk ke dalam dewan bola tampar bersama Harras yang aku tarik dia dari bengkel MPV, dia cuba untuk lari bila nampak aku tadi,
Tapi dia lupa lah tu aku ni atelit larian aku sama taraf dengan hussain italic setakat nak kejar budak badan kurus keding macam papan jati ni celah gigi betul.
"Eh Harras?" Amsyar memandang Harras yang sedang direjam oleh wanita cantik ini, Harras hanya diam sambil buat muka gaya kucing parsi tidak diberi makan selama 2 hari 4 malam.
"Sekarang ni bila kau nak lepas kan rambut aku?" Harras yang dari tadi diam akhirnya bersuara, sempat aku rentap rambut dia sekuat hati sebelum aku melepaskannya, terjerit kecil member dibuatnya.
"Kau kenal Harras ke Farra?" Danie yang sibuk buat regangan tadi akhirnya bersuara, muka cekodok Harras aku pandang sekilas.
"Dia ni sepupu aku," Belakang badan Harras aku tampar, tak tahulah apa perasaan budak pendek kulit putih ni dari tadi kena pukul macam direjam tentera Israel, Harras pula dari tadi tak bercakap, pandang muka Danie pun tidak.
"Sekarang ni kita lumba jom Ras, siapa yang lambat siap pusing dewan sepuluh round kena belanja Tealive?" Aku menyiku pinggang Harras, muka dia yang macan ayam kehilangan anak tadi terus berubah 360 darjah, belum sempat aku sebut mula dia dah lari,
"Aku nak join jugak!" Amsyar yang tidak dijemput hadir dalam pertaruhan ini turut berlari, aku rasa patutnya tadi aku bisik je dekat telinga Harras. Macam mana kalau Amsyar ni menang? Tak ke semput aku nanti.
"Aku sekali!" Wais dengan jayanya memotong aku, ini sangat tidak adil bagi seorang perempuan yang comel dan pendek bernama Farra Hanani untuk berlumba dengan lelaki yang sememangnya mempunyai stamina yang jauh lebih tinggi,
Satu pasukan bola tampar nampaknya berlari mengelilingi dewan, yang berada di hadapan kita boleh nampak Wais yang tinggi 180cm dengan kaki yang panjang miliknya, aku boleh terima kalah dengan Wais,
Tapi aku tak nak kalah dengan budak busuk Harras dan Amsyar tu,
Jadi aku pecut dan membazirkan seluruh tenaga aku untuk tidak membenarkan Harras dan Amsyar memotong aku, masuk je pusingan ke sembilan entah setan mana yang Harras guna dia pecut macam tiada hari esok,
Saat ini baru aku teringat,
Aku lupa yang Harras memegang posisi decoy,
Jadi dia memang semula jadi laju.
"Harras jangan risau, Harras lari je dekat bahagian yang tak ada blocker lepas tu lompat setinggi boleh!" Mama memberi semangat kepada Harras yang sudah hilang minat dengan bola tampar,
"Tapi Harras tak tinggi macam abang Farhan Maklong!" Harras menundingkan jari kearah Farhan yang ditugaskan untuk menjadi blocker yang menghalang setiap bolanya
"Tapi Harras laju! Harras boleh lompat kan?"
"Tapi maklong.."
"Cepat sekali lagi, ingat pesan maklong, lari laju-laju tau!"
Wais yang steady dekat depan pun dia boleh potong sekelip mata,
"Itu decoy kita!" Riyaan yang sedang berlari di belakang aku, bersorak apabila melihat Harras yang lari laju seperti kena kejar dengan malaikat pengcabut nyawa itu,
Ya itu Harras, Harras Naufal our decoy.
🥇🏐🥇
"Okay sekarang kau hutang aku tealive!" Harras memandang aku yang baru siap menamatkan sepuluh pusingan, entah aku rasa dia pakai saka dah pecut macam orang tak ingat hari esok pun masih steady lagi berdiri dengan megah minta Tealive.
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...