『Sometimes enemies can be friends too』
"Semua dah ada ke?" Dewan bola tampar yang selalunya kosong ini dipenuhi dengan 20 orang budak bola tampar. Riyaan dah berdiri di hadapan mereka semua dengan muka yang sangat serius, lain pula dengan Amsyar dan Harras yang tak habis-habis lari keluar masuk dewan. Aku pula hanya duduk tepi di atas kerusi memerhatikan mereka semua. Tak kose aku nak beratur dengan diorang.
"Farra sini." Baru je aku nak seronok tak buat apa-apa Riyaan dah panggil aku untuk duduk sebelah dia, tak banyak cakap aku terus berjalan kearahnya dan berdiri di sebelah Riyaan.
"Yo."
"Wow, girlfriend abang Yaan ke ni?" Seorang junior yang duduk di bahagian tengah-tengah barisan menegur, terus jadi bising dewan dibuatnya.
"Enough players, dia coach kita." Arahan Riyaan itu membuatkan mereka terdiam, masing-masung tercengang memandang aku. Macam betul tak betul je akak cantik ni jadi coach betul tak betul je.
"Tak tipu ke ni bang?"
"April fools lambat lagi tau bang."
"April fools haram kot bang, siyes aa abang?"
"Tak ada bantahan, sebulan lebih dah akak ni jadi coach, sebab dia abang Harras dengan Abang Danie kamu masuk balik tahu?" Mereka masih tak percaya dengan apa yang Riyaan cakapkan ini, "lah, nak tengok bukti ke?"
"Syar!" Riyaan memanggil Amsyar yang sedang berlari-lari dengan Harras di bahagian belakang dewan, kau bayangkan lah junior kena duduk dengar taklimat, yang senior main kejar-kejar berebut biskut oreo.
"Yo captain!" Amsyar memandang Riyaan, tanpa banyak cakap Riyaan memberi isyarat untuk dia datang kearah kami. "Kenapa? Korang rindu abang yang paling handsome ke?"
"Mati hidup balik tak akan bang." Kita kena stan adik yang berani bercakap ni, kita kena stan,
"Sambut serve Wais."
"Siyeslah abang Amsyar nak sambut serve abang Wais?"
"Lupalah tu hari tu bola kena kepala dia sampai dia pengsan."
"Korang ni, abang ada improvement tahu?" Wais mula serve bola kearah Amsyar, entah kenapa dengan Amsyar ni dia tiba-tiba berguling dan sambut bola yang hampir sampai lantai. Mungkin nasib menyebelahi dirinya, bola tampar dengan cantik sekali sampai pada Wais semula.
"Again!" Amsyar melompat kemudian dia berdiri semula, bukan setakat junior je terkejut dengan aku dekat sini terkejut dan terkentut. "Korang nampak tak abang buat apa tu? Abang panggil itu teknik rolling tunder. Power ork?"
"AMSYAR NICE RECEIVE! TAPI KENAPA NAMA DIA KELAKAR SANGAT!"
"NAMA DIA NICE JUGAK LAH!"
"AJAR AKU AMSYAR AJAR AKU!"
Aku dan Harras tidak keruan, tak boleh jadi ni Amsyar punya power lain macam ni, sejak bila dia sepandai itu untuk received bola pun aku tak tahu. Amsyar mula tersenyum bangga,
"Korang percaya tak sekarang? Aku boleh jadi best libero untuk tahun ni." Dia menepuk nepuk dadanya berkali-kali bangga tak dibuat-buat ni.
"Percaya tak tu akak ni yang ajar dia? Jadi korang tak ada bantahan untuk tolak Kak Farra ni." Riyaan menepuk belakang badan aku, amboi kurang ajar dia ni sakit tahu tak? Kalau tangan dia kecik tak apa lagi tangan dia je dah panjang kot nak bunuh aku pun elok sikit caranya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Novela Juvenil2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
