"Farra seriously? Kenapa letak sirap dekat ayam tu!" Aku hanya mengabaikan soalan Danie, tangan aku ligat gaul ayam yang aku dah bancuh itu supaya warnanya tidak bertompok-tompk.
"Supaya warna ayam ni cantik la Danie, kau tak pernah makan ayam percik ke?" Tangan aku ligat menggaul ayam tersebut guna satu tangan memandangkan tangan sebelah lagi dah cacat, Danie masih lagi memandang aku dengan muka pelik.
"Oh, aku jarang makan makanan melayu." Tak terkejutpun, dah muka dia pun nampak macam penduduk negara yang perdana menteri dia Donald Trump kau nak aku expected dia makan masak lemak cili api ikan sembilang campur rebung ke?
"Tak apa la, kita perap dulu ayam ni." Ayam percik yang aku dah masukkan dalam tuppaware terus aku letak dalam peti sejuk, kami berdua sama-sana bersihkan dapur. Beberapa minit kemudian satu announcement diberikan.
"Perhatian kepada semua pelajar, kelas masakkan pada hari ini ditunda. Bahan yang telah siap diperap sila simpan dengan baik. Esok sesi penilaian aku dijalankan."
Kami mendengar pengunguman tersebut dengan teliti, bunyi loceng menandakan penguguman telah habis menghentikan lamunan kami berdua.
"Jadi kita bakar esoklah kan?" Danie yang sedang mengelap meja hanya menganggukkan kepalanya,
"Tapi rasanya kita kena bakar dekat audition room supaya tak ada budak yang main tipu, lepas tu kita kena berkumpul dekat general room kelas besar kita semua." Danie memberi penerangan sambil tangannya ligat menyusun perkakas pada tempat asal.
"Ada lagi 10 minit sebelum next class, kau class apa lepas ni Farra?"
"Lepas ni aku P.E how about you?" Danie yang sedang membuka baju uniform chef bewarna putih memandang aku, baru nak jerit sebab dia buka baju terus aku batalkan niat bila ada baju t-shirt bahagian dalam uniform nya.
"Aku history." Dia kemudiannya menggantungkan uniform putih tersebut di rak yang ada sebelah pintu. Uniform aku juga turut digantungkan dekat tempat yang sama.
"Orite Danienienie, aku pergi dulu ah. Aku nak hantar bag dekat locker dulu." Aku terus berjalan keluar dari dapur, langkah aku disusun untuk pergi block locker yang selang tiga blok jauhnya dari blok kulinari.
Sampai sahaja di koridor locker student UA ini aku berjalan kearah locker yang pintunya telah bengkok. Ini semua salah Amsyar yang mengamuk jadi Amirul, tak pasal-pasal locker aku yang jadi mangsa keadaan. Cacat habis.
Aku masukkan bag aku dalam locker, yang aku bawa pergi ke kelas P.E hanyalah handphone dan air-pod yang aku pakai secara senyap disebalik tudung. Kelas P.E je pun, bukan belajar pun dah la aku tak ada kawan untuk kelas tu.
kaki aku melangkah pergi ke Dewan Sukan memandangkan tinggal lagi dua minit sebelum kelas bermula. Aku menolak pintu dewan yang besar ini sambil tangan aku leka bermain dengan handphone.
"Auch." Pintu yang aku buka terlanggar anak orang, dengan pantas aku mencari orang yang aku dah langgar dengan pintu ini. Rupa-rupanya dia dah terduduk dekat bawah.
"Eh Aimin! Sorry!" Aimin melepaskan satu keluhan yang berat, terus dia yang kurus seperti tiang unifi berdiri.
"Tak pe." Dengan PSP yang berada di tangannya dia berjalan menuju kearah tempat duduk penonton di dalam dewan sukan ini. Nampaknya macam dia nak ponteng P.E. Aku dengan tak tahu malu terus ikut dia. "Kau nak apa?"
"Aku malas nak P.E, cikgu tu dah lah bosan ada ke suruh main bola beracun." Aku duduk di atas kerusi penonton,
"Kalau nak ponteng jangan obvious sangat." Aimin duduk di bawah lantai, nampak apa yang dia buat aku terus duduk bawah tanpa banyak soal. Handphone yang berada di tangan aku tekan seperti orang yang tiada arah tuju, Aimin pula leka dengan PSP. Tak tahu pula hidup aku sesendu ni, chat semua kosong je.
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...