48

3.4K 415 26
                                        

















"Kau tak payah nak pergi mana-mana." Harras menarik aku yang cuba nak masuk tandas, si bodoh ni punya bangang level atap burj khalifa agaknya. Tak akan aku nak kencing dalam seluar, dia nak mop ke nanti?

"Aku nak kencing tau bodo." Aku menampar tangan Harras yang dari tadi tak lepas-lepas pegang aku, kemudian aku berjalan masuk dalam tandas, bahaya dalam tandas ni tak banyak pun. Aku tergelincir lepas tu mati, ada ular keluar dari lubang jamban atau hari ni memang ajal aku.

Aku keluar dari tandas lepas melabur saham besar, kemudian aku pergi singki untuk basuh tangan dan tatap muka cantik ni dekat cermin. Tiba-tiba telinga aku menangkap suara orang menangis, sudah...pagi kot ni tak akan la ada hantu, hantu ni pun satu tak payah la kacau aku. Kacaulah Harras.

kepala aku dirolehkan kearah kanan, seorang pelajar sedang duduk menangis sorang-sorang.

"Hi, kenapa menangis?" Dia mengabaikan soalan aku, sebab aku ni mempunyai hati yang murni aku pun duduk sebelah dia, kami sama sama duduk dekat lantai toilet ni. "Ada orang buat kau ke?"

"Kenapa orang asyik pandang rupa?" Dia angkat kepalanya, kemudian dia menatap muka aku dengan pandangan sedih.

"Kenapa cakap macam tu?" Dia kemudiannya menunduk,

"Tak ada siapa nak kawan dengan aku." Tangannya mengesat-ngesat air mata, aku keluarkan tisu yang sentiasa berada dalam saku seluar kemudian aku hulur padanya. "Diorang kata aku cacat."

"Cacat?" Dia mengangkat muka, tangannya menunjukkan matanya kearah aku, "dem girl, kau cantik gila!"

Aku teruja teruk tengok mata dia yang sebelah warna coklat sebelah lagi biru, jarang gila kot nak jumpa mata macam ni, ini sakit apa tah yang kecacatan ginetik tu, eh? Betul ke? Aku bodoh sains mana lah aku tahu. Pape pun gila cantik kot! Kenapa orang tak suka dia.

"Betul ke?" Dia nampak gembira bila aku puji matanya, dengan bersungguh-sungguh aku mengangguk kepala.

"Betul, kau cantik! Jangan percaya cakap orang lain, mata kau unik kot. Cantik sangat!" Akhirnya sebuah senyuman terukir di bibirnya, "anyway nama kau apa? Aku Farra."

"Teya."

"Farra! Kau okay tak dekat dalam tu?" Suara Harras kedengaran di luar toilet ini, aku hanya mengabaikan soalannya. Bising betul, aku buat kawan baru kot.

"Okay Teya, aku kena pergi dulu." Aku hulurkan tangan ajak Teya bangun, huluran tangan aku disambut olehnya.

"Kita boleh jadi kawan?" Malu-malu Teya bertanya, ala la la comel betul nak ajak kawan pun malu.

"Boleh je, kalau nampak aku tegurlah, aku pun tak ramai kawan."

"Farra! Kau okay tak?!" Aku mula pening dengan Harras yang tak tahu nak bersabar, dari tadi dia ketuk pintu tandas ni macam pintu ni baru lepas buar dosa dengan dia,

"Bye, aku pergi dulu. Ingat tau kau cantik! Jangan menangis lagi!" Akhirnya aku melangkah keluar dari tandas, Harras dekat luar pulak nampak gelabah semacam asyik ketuk pintu tanpa henti, ni kalau dekat akhirat ni pintu ni claim dia kena pukul dengan Harras mahu masuk neraka.

"Kau kenapa?" Aku menampar bahu Harras sekuat yang boleh, menyampah betul dengan dia punya gelabah yang tak henti-henti dari tadi.

"Bahaya tahu bahaya?"

"Dah tu memang aku nak kencing pun bahayakan."

"Bahaya di mana-mana tak kesah la kalau kau tengah baca wattpad sekali pun, bila-bila masa tempat dan di mana jua." Sekarang ni Wattpad tu apa? Apa benda yang Harras ni merapukan? Serabut hempedu aku tahu?

Fight or Flight? ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang