49

3.4K 420 46
                                        








"Jangan sampai aku tangan tangan kan jangan sampai aku tangan tangan kan." Aku menampar-nampar kepala Harras yang dari tadi tak nak bagi aku lepas, kalah Abang Haidil dia punya nak jaga aku ni. Aku nak jalan dekat pasar ni pun tak tenang dia asyik kacau dari tadi.

"Tak boleh!" Harras menarik lengan aku kembali untuk duduk dekat sebelah dia, patutnya aku tak nak ajak dia ni, buat semak kepala hotak je.

"Abang Haidil! Tengok anak pungut makngah ni!" Abang Haidil pula dari tadi leka main dengan telefon bimbit, dia boleh pula pegang sweater aku dari belakang suruh aku pimpin dia takut dia langgar orang, aku pula kena tahan dengan Harras yang dari tadi tak bagi aku jarak dengan dia, memang kitorang tiga ketul huru-hara dekat tengah-tengah pasar malam ni.

"Duduk diam diam je lah bodo!"

"Tapi aku nak beli cendawan goreng tu!"

"Tak boleh!" Aku tak tahu apa aku buat yang pasti Harras tiba-tiba menjerit kesakitan, ok la sebenarnya aku gigit lengan dia macam aku tengah gigit ayam goreng bahagian peha, lepas dia dah lepaskan tangan aku, aku lari jauh jauh.

Semak betul Harras ni, aku nak beli itu tak boleh nak beli ini tak boleh, aku jual dia kejap lagi baru tahu.

Kaki aku melangkah pergi ke kedai yang jual jagung kukus, tiga cawan jagung susu aku pesan. Walau aku ni benci dekat Harras macam benci aku terhadap kucing yang curi ayam KFC, aku masih ingat dia, sweetkan aku? Sepupu mana je macam ni. Satu dalam sejuta.

Lepas tu aku ternampak cendawan goreng pulak, aku pun apa lagi tak fikir panjang aku beli jugak. Siapa je nak fikir panjang masa dekat pasar malam? Oh Harras.

Lepas tu aku nampak ayam singget pulak, aku beli lagi.

Eh ada kek cheese, beli jangan tak beli.

Eh ada aiskrim 50 posen, beli lagi.

Eh! Ada donut comel la pulak!

Eh! Cantik betul air boba makcik tu.

Sekejap betul tangan aku dah penuh, rasanya tadi aku tak beli apa-apa pun. Apa yang penuh ni? Aku seronok jalan-jalan dekat pasar malam ni sorang-sorang, mata aku memerhati segenap pasar malam yang penuh dengan pelbagai ragam manusia.

Tiba-tiba seseorang mencengkam bahu aku dari belakang, terus aku yang dari tadi berjalan sahaja berhenti serta merta.

"Sembilan." Dia berbisik di telinga, suara ni aku kenal. Sama dengan perempuan yang dekat parking lot hari tu. bahu aku dilepaskan, laju aku pusing belakang untuk melihat manusia yang berani cari masalah dengan aku ni.

Perempuan yang sama, baju serba hitam dengan mask, kemudian dia melambai kearah aku.

"Adiós te veo pronto." Terus perempuan tersebut melarikan diri, baru aku nak kejar dia, sekali lagi seseorang pegang bahu aku dari belakang.

"Lepaslah!"

"Kau kenapa?" Suara Harras membawa aku kembali ke bumi yang nyata, terus aku terdiam hanya memerhati kelibat perempuan tadi yang sudah menghilang.

"Kau pergi mana tadi?" Harras langsung mengetuk kepala aku sekuat yang boleh guna powerbank yang ada pada tangannya,

"Kau yang pergi mana! Nasib aku jumpa kau hidup lagi tahu?" Aku menggosok-gosok kepala yang dipukul oleh Harras tadi, ni kalau aku tak mati kena bunuh ni boleh mati aku sebab kena buli dengan Harras je.

"Aku pergi beli ni je." Aku mengangkat kedua belah tangan aku yang penuh, kemudian Harras menggeleng-gelengkan kepalanya tanda pening dapat sepupu sebegini sekali.

Fight or Flight? ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang