"Aku dapat straight A." Zai terus menumbuk muka aku, kertas keputusan upsr yang berada di tangan aku dia rampas.
"Kau bodoh! Kau tak boleh keluar lah bodoh!" Dengan penuh kemarahan dia menyepak aku yang sudah terduduk berkali-kali. "Kau tak boleh keluar selagi aku tak keluar Taqim! Kau tak boleh!"
Aku hanya duduk tidak melawan, sepakkan dan tumbukkan yang Zai beri aku biarkan sahaja.
"Kau tak boleh keluar!" Zai berjalan kearah meja belajarnya, gunting dia ambil kemudian dia berjalan kearah aku.
"Zaideri!" Ummi yang tiba-tiba masuk menghentikan Zai yang cuba menikam aku menggunakan gunting tajam yang dia ambil dari meja belajarnya, aku terpaku melihat Zai yang seperti hilang akal.
"Taqim, pergi packing baju." Ummi menarik Zai untuk keluar dari bilik ini, aku masih terduduk, terkejut dengan apa yang berlaku tadi.
Kalau ummi lambat sesaat pun mungkin nyawa aku dah tergadai.
Pipi aku terasa pedih, aku lap cecair yang mula mengalir keluar menggunakan tangan. Wow nice Wais berdarah, hilang kacak kau nanti.
"Jangan cabar aku lah!" Tangan Zai yang cuba untuk menikam perut aku ditepis, kuat aku pegang tangan kanannya yang memegang pisau tersebut, Uwais Mustaqim tak boleh mati sekarang, kalau dia mati siapa nak jadi tarikkan cerita ni.
Tak tahu lah dia pakai saka jenis apa, Zai angkat lututnya dan menggunakannya untuk memukul perut aku berkali-kali, pegangan tangannya terus terlepas.
"Aku cakap aku buat Taqim, 5 tahun lepas aku tak sempat buat." Zai berjalan mendekati aku yang sedang membongkok menahan sakit perut yang teramat macam ni agaknya rasa senggugut perempuan.
Dengan tenaga terakhir yang aku ada, aku tolak Zai sehingga dia terjatuh, pisau yang berada di tangannya juga tercampak. Muka Zai aku tumbuk berkali-kali,
Tiba-tiba bahu aku terasa sakit, sebilah pisau telah menusuk ke dalam bahu aku. Aihh...bila masa dia sempat capai pisau tu? Bukan dah tercampak ke tadi?
"Alah bukan dekat situ!"
Zai menarik pisau tersebut keluar, rasa sakit dia hanya Allah sahaja yang tahu. Zai gila dia betul-betul gila aku tak tahu level berapa dah dia punya gila ni tapi dia memang gila.
"Sekali lagi boleh? Aku nak aim betul betul ni." Situasi kini berubah, Zai duduk di hadapan aku sambil pisau di tangannya dilalukan pada dadaku. "Sini? Ke nak dekat perut?"
Entah kenapa Zai terus menikam peha kanan aku, bila mendengar jeritan aku dia ketawa riang.
Tah lah aku rasa dah sampai dah ajal ni, mungkin muka kacak aku ni sempat sampai bab 22 je. Selamat tinggal semua korang boleh crush dekat yang lain pula.
"Pergilah!" Farra yang aku fikir tak ada otak memukul kuat kepala Zai menggunakan botol kaca yang entah dari mana dia kutip, kalau boleh dia nak tunggu aku mati dulu agaknya baru nak datang tolong,
"arghhhhhhhhh!" Zai meraung bila kepalanya dipukul kuat,
"Jangan mati dulu! Aku tak nak masuk juvana!" Farra berlari kearah Zai, Allahu kenapa naif sangat budak ni kenapa bodoh sangat seorang Farra Hanani ni. Kenapa budak tak ada otak ni juga yang datang tolong.
Zai terus menolak Farra sehingga Farra terbaring, dengan kepala dia yang berdarah dia berdiri, aku tak tahu lah kenapa dia ni sengal sangat, patut dia duduk je dalam kereta tu quiet-quiet. Dia keluarpun menambah masalah je.
"Kau nak cuba tolong dia ke?" Zai ketawa, dia kemudiannya mendekati Farra, "ke kau nak mati dulu? Tak sedih sangat nanti."
Pisau diacukan pada leher Farra,
ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
