Surprised update aaa gittow, sebab ada yang comment hari ni birthday dia, hari ahad dia nak balik asrama jadi here i am tak tidur seharian untuk update yeeehaw 🤠
Dia macam, awak appreciated saya yang tak seberapa ni, saya balas balik dengan apa yang saya ada hihi.
"Lama lagi ke ni?" Dah lebih sejam aku menari dekat dalam istana ni, dengan lagu yang bosan, Wais dan Amsyar yang tak habis-habis buat kacau dekat majlis, kaki aku dah penat dan yang paling penting penat tengok senyuman Howls yang maha dasyatnya manis sampai ada puteri yang hampir bergaduh dengan pasangannya hanya disebabkan berebut Howls.
"Dah nak habis." Penat aku berpusing-pusing menari tanpa henti, lagu dia ni dah la lagu macam nak tidurkan budak-budak kecik, dia fikir aku ada masa la tu nak menari macam ni?
Mesti ramai tertanya-tanya macam mana Farra Hanani boleh tiber-tiber pandai menari. Yela benda aku dari awal chapter sibuk dengan bola tampar, sekali chapter ni kena menari pula dah kan?
Howls taburkan magic sparkles dekat aku, macam mana Peter Pan buat dekat Lost Boy and the gang. Hah faham tak? Sebab tu tadi Howls pesan believe in yourself. Katanya kalau tak percaya diri sendiri semua benda ni tak akan berlaku.
"Nampak tak permata dekat leher King atas pentas tu?" Anak mata Howls bergerak ke arah Raja dan permaisuri yang sedang duduk di atas pentas sambil memerhatikan para puteri dan putera menikmati malam tari-menari.
"Diamond warna biru tu?" Sambil tersenyum dia mengangukkan kepalanya,
"Kita kena ambil permata tu dari dia." Dia nak ajar aku mencuri ke? Tak akan muka handsome mencuri kot tak macho la nanti.
"Tapi kenapa?"
"Sebab saya Howls, Prince Howls the witch. Lupa?" Oh ya, aku lupa. Tanji bagi tahu dah kan yang Howls ni ahli sihir. Mana mungkin ahli sihir baik, tapi how come ahli sihir ni kacak? No bodynose.
"Jadi awak nak saya buat apa?" Kami berhenti menari, seiring dengan alunan muzik yang turut berhenti. Semua putera dan puteri menghadap ke arah pentas iaitu menghadap raja dan permaisuri.
"Sekejap lagi kita kena naik jumpa dengan dia, awak tak perlu buat apa-apa pun." Betul apa yang Howls kata, satu persatu pasangan mula menaiki tangga untuk berjumpa dengan permaisuri dan raja, jadi macam mana dia nak ambil permata tu ya?
"Queen suka haiwan, Amsyar dengan Wais boleh tarik perhatian dia. Dan king pula..." Howls diam sebentar, kemudian dia menoleh memandang aku.
"Dia suka perempuan." Sebuah senyum manis terpapar pada wajahnya, jadi aku nak kena nervous ke ni? Atau nak kena senyum macam dia juga ya?
Aku memanggil Wais si burung gagak yang tengah merayau-rayau makan makanan pengunjung untuk duduk atas bahu aku, dia hampir kena halau keluar dengan guardian istana sebab buat kacau. Mujur dekat kepak dia ada nampak lambang Howls, auto takut guardian tu.
"Kau boleh duduk diam-diam tak?"
"Ark." Wais menjeling aku, kemudian dia duduk atas bahu aku dengan muka dia yang bengis. Jadi burung gagak pun tak reti nak senyum lagi, masalah betul. Amsyar pula naik atas bahu Howls dengan manja sekali. Amsyar ni pula dari tadi buat kacau dengan cara dia kejarnya Wais,
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...