Jam dah menunjukkan pukul 3 petang, punyalah lama aku berborak dengan tiga ekor beruk yang kacak tadi sampai terlupa nak balik, aku sudah selamat masuk ke dalam kereta lepas sahaja pergi solat Zohor dekat surau sekolah,
Seatbelt aku pakai, perlahan-lahan kereta mewah milik papa ini keluar dari perkarangan sekolah. First day sekolah, bolehlah nak kata best dalam 60% dan malang 40%
15 minit aku memandu akhirnya sampai juga di rumah, kereta Audi A4 milik aku yang Farhan curi-curi bawa tadi sudah ada pada tempat asalnya menandakan Farhan juga sudah pulang ke rumah.
"Assalammualaikum." Salam aku bagi, Farhan yang sedang duduk di hadapan television di ruang tamu memandang aku.
"Yo!" Fuh padu betul dia ni, muka tak bersalah langsung ye, dia boleh ber yoyo dengan aku? Dia lupa agaknya dia culik kereta aku tanpa minta izin walau aku tahu tak ada orang nak menculik dan minta izin terlebih dahulu.
"Sekarang ni kenapa kau bawak kerera aku?" Aku terus memeluk kepala Farhan sambil tangan kanan aku menyiku-nyiku kepalanya, geram aku dengan dia dari aku dalam perut mama dilepaskan.
"Kereta aku dekat bengkel kaaaaaannnn!" Farhan menjerit-jerit kesakitan, semakin kuat dia menjerit, semakin kuat aku sikukan kepala dia. Tak perlu membantah, hipotesis diterima.
"Benda kau boleh je bawa i8 papa kan?" Aku melepaskan kepala Farhan, dia menggulingkan anak matanya meluat la tu tengok aku yang cantik ni? Dia lupa ke muka kami sama? Walau tak duduk dalam satu plasenta tapi mama buat anak semua muka photostat je tahu?
"Tak nak, nanti kantoi aku kaya." Aku diam, tak tahu nak bagi riaksi apa padahal kereta yang dia pakai pun lebih kurang sama je macam kereta papa harganya. Bayangkan dia minta papa Audi R8 V-10 lepas tu tolak BMW i8
Tak masuk akal betul.
Abang siapa ni? Tolong kutip.
Aku tak tahu aku anak tunggal rasanya.
"Ni kau dah makan belum? Kalau belum along suruh makan dia dah masak tadi." Aku cuma menggoyangkan tangan tanda tak nak makan, kaki aku kemudiannya melangkah naik tangga untuk masuk bilik.
Aku pada mulanya saja je nak baring sambil perhatikan syiling, tak sangka pula aku boleh tertidur.
🥇🏐🥇
Waktu telah menunjukkan pukul 5 petang, aku yang dari tadi terperap dalam bilik macam wanita melayu terakhir, akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke luar. Along yang tengah syok main xbox memandang aku yang baru keluar dari bilik.
"Pakai tudung ada kawan Ahan, tapi rasanya diorang ada dekat court tapi pakai jugak tudung." Aku terus melangkah masuk bilik, selalunya kalau kawan Farhan tak lain tak bukan mestinya Harith, diorang selalu main bola tampar dekat personal court mama yang ada dekat belakang rumah ni.
Aku cuma memakai topi hitam Nike aku dan menarik kepala hoodie pikachu bewarna kuning menutup kepala, hoodie pikachu aku ketatkan dan dekat bahagian leher aku butang.
Ye kau fikir aku rajin nak pakai tudung? Mestilah tak. Disebabkan aku yang kebulur, aku terus mengambil keputusan untuk turun ke dapur, peti sejuk aku buka dan air kotak dutchlady low fat milk aku tuang dalam cawan.
Tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari Farhan, apa benda yang budak ni nak? Dalam rumah pun nak call dasar pemalas. "Hello nak apa?"
"Turun court dik, team aku tak cukup orang." Farhan terus matikan call, mungkin dia dengan alasan nak jimatkan kredit padahal dia call pun pakai WhatsApp. Aku terus keluar dari dapur, kaki aku melangkah kearah belakang rumah, butang sebelah pintu besi ini aku tekan,
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...