36

3.9K 453 35
                                        

"Hayfa sure ke tak nak ikut jogging?" Kami semua dah ready dengan untuk keluar jogging pagi ini kecuali Hayfa, baju sukan sweatshirt UA berwarna putih menjadi pilihan kami semua memandangkan pagi ni sejuk gila

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.






"Hayfa sure ke tak nak ikut jogging?" Kami semua dah ready dengan untuk keluar jogging pagi ini kecuali Hayfa, baju sukan sweatshirt UA berwarna putih menjadi pilihan kami semua memandangkan pagi ni sejuk gila.

"Hayfa ni bukan suka pun berpeluh, dia macam puteri salju." Mikael menambah, nampak dah muka Hayfa mura memerah sebab nak marahkan abangnya.

"Tak pe Hayfa buat sarapan untuk korang semua, korang pergi jelah dulu." Hayfa hanya berdiri di hadapan pintu rumah sambil memerhatikan kami semua yang sedang buat regangan.

"Kalau macam tu, jangan lupa kunci pintu rumah. Dalam satu jam lagi kami balik." Riyaan memesan kepadan Hayfa, terus budak perempuan itu masuk dan tutup pintu rumah sementara buat kami itu.

"Kita pusing track kem ni dua round, siapa last kena masak lunch." Harras yang memang dah pasti akan menang memberi cadangan yang tidak masuk akal, dia laju boleh ler cite. Nanti aku yang perempuan ni? Tercicir.

"Bayangkan Am yang last." Riyaan yang sedang melompat bintang bersuara, Amsyar yang dari tadi diam buat regangan hanya mampu memegang dada tanda terkejut penuh dramatic.

"Aku rela makam meggi je."

"Hello, aku reti masak telur dadar tahu?"

"Dah tu kau nak bagi kitorang makan telur dadar je?" Aku muka melangkah keluar dari kawasan rumah kami, wireless earphones yang aku dah pakai dari dalam bilik aku connectkan dengan Bluetooth, lagu dari spotify aku pasang untuk menemani perjalanan aku yang aku pasti aku akan ditinggalkan sebab...

Diorang berlapan dah jauh tinggalkan aku masa aku leka setting earphone. Semua ni dah pakat la tu nak suruh aku buat lunch, bayangkan aku kena makan dengan burung helang sebab jalan sorang-sorang? Kesianlah dekat aku sikit, aku ni dah la perempuan.

Sebab dekat kem ni ada papan tanda track jadi aku tak takut sangat, dalam 40 minit aku jogging ikut papan tanda yang telah disediakan. Sebelum start tadi diorang pesan dah, ikut track yang 1 km pusing dua kali,

Leka aku setting lagi earphone aku, tiba-tiba kelibat yang lain terus hilang dari pandangan, tadi adalah juga aku nampak Khai yang lari paling belakang antara diorang semua, sekarang yang ada cumalah track larian dengan kawasan rumah dekat kem ni je.

Aku silap jalan ke? Aku cuba jalan lagi kehadapan, tiada sebarang papan tanda pun dekat sini. Sudah Farra, kau ni kalau tak buat masalah tak boleh betulkan?

Mungkin nasib menyebelahi aku bila aku nampak sorang budak lelaki tengah duduk tepi track sambil leka bermain dengan telefon bimbit.

"Hai!" Aku beranikan diri untuk menegur dia yang nampak macam tak nak diganggu, tapi kalau aku aku tak tegur dia mahu aku sesat.

Fight or Flight? ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang