"Jadi aku bukan tak nak tolong korang cuma tu lah, papa aku tak akan bagi kalau aku join bola tampar lagi." Mereka semua menganggukkan kepala tanda faham,
"Tak apa! Kitorang jumpa bapak kau!" Amsyar dengan yakin sekali membalas,
"Tak korang kena halau dengan dia, korang mati." Serentak Amsyar dan Riyaan mengeluh,
Kini tinggal aku, Amsyar, Riyaan dan Wais sahaja duduk dalam bilik perjumpaan ini, bincangkan pasal masalah kelab sampai diorang tak nak masuk kelas,
Ahli yang lain semua dah gerak masuk kelas memandangkan diorang semua junior. Jadi senior kelab bola tampar hanya ada tiga orang yang tak berguna ini.
"Tapi tolonglah Farra, kau kena tolong kitorang jugak." Riyaan memandang aku dengan penuh simpati. Dia ingat dengan kaedah ni aku boleh terus setuju untuk jadi anak derhaka? Pahala aku pun sikit ini lagi nak tambah pula.
"Tak sekarang ni kenapa korang nak sangat aku yang tolong korang?" Kedengaran Amsyar menarik nafas yang dalam kemudian dia memandang aku serius lain dengan sebelum ni. Amsyar yang sentiasa tersenyum dan gemar bergurau,
"Sebenarnya kelab bola tampar dah nak kena bubar," Amsyar diam seketika, "kalau kitorang tak menang kejohanan tahun ni automatik kelab ni kena bubar sebab sekarang kitorang berebut dewan dengan team basketball."
"Team bola tampar ni dulu anak emas UA sebab tu club ni je yang ada dewan sendiri, bila prestasi kitorang makin merosot nak dibandingkan prestasi basketball yang makin meningkat, dean buat keputusan untuk bubarkan kitorang kalau kejohanan tahun ni masih kalah." Riyaan pula menyambung,
"Dengan budak ni yang pergi gaduh dengan captain basket lagi." Amsyar memandang Wais, Wais yang dari tadi diam buat-buat muka tidak bersalah.
"Bukan salah aku, dia yang berlagak sangat." Wais cuba backup diri dia sendiri,
"Selain dari masalah kitorang tak ada coach," Bila nampak je Wais dan Amsyar macam nak bergaduh, Riyaan sambung bercakap, "kitorang tak cukup player,"
Muka Riyaan nampak sedih,
"Diorang awal-awal tarik diri, mengalah dah."
"Sekarang kitorang dah hilang ace dengan decoy." Aku diam sahaja mendengar, ace dan decoy dua dua position yang menguatkan lagi satu pasukan, diorang kira macam bonus kalau ada dalam team.
"Okay aku setuju tolong korang," mereka bertiga nampak macam anak kucing jalanan yang ada orang kutip bawak balik rumah,
"tapi korang pun kena tolong aku, boleh?"
🥇🏐🥇
Aku berjalan masuk ke dalam pejabat bahagian kulinari, ikut info dalam application ni aku kena lapor diri untuk dapat bilik masakkan sendiri,
"Pelajar baru?" Aku menganggukkan kepala bila seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan 30-an ini menyoal.
"Farra Hanani?" Sekali lagi aku menanggukkan kepala, kakak tersebut menghulurkan satu plastik baju berwarna putih, tag pelajar dan sekeping kad.
"Ini baju uniform kulinari, kad ni pula kunci untuk buka pintu dapur awak, tag ni pakai bila masuk block ni, nombor dapur awak pula ada dekat tag tu. Oh, nanti bolehlah berkenalan dengan teammate awak sekali." Aku mendengar infomasi yang akak tersebut berikan dengan teliti, barang yang ada pada tangan akak tersebut aku ambil.
"Terima kasih!" Aku bergerak keluar dari pejabat tersebut, tag yang kakak tersebut bagi aku lihat, 2987 nombor dapur aku, satu block kulinari aku jalan cari dapur masakkan aku.
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...