20

4.2K 487 35
                                    

"Mana Wais?" Riyaan yang sedang mengunci pintu dewan memandang aku yang baru sampai, Harras pula bising sebab dia kena pegangkan beg aku yang tak adalah berat mana. Terus aku capai beg yang ada di tangannya, tolong sikit pun tak boleh!

"Tu." bibir aku dijuihkan kearah Wais yang sedang berjalan kearah dewan bersama beg gitar yang dia sandang, dia kemudiannya mendekati Riyaan apabila nampak Riyaan memegang barang-barangnya.

"Got to go." Wais berjalan meninggalkan dewan, sikitpun dia tak pandang muka Zai yang juga belum balik. Tiada siapapun yang berani menegurnya, moody Wais katanya.

"Jangan risaulah Zai, dia memang kasar macam tu. Kitorangpun macam tu juga dulu." Riyaan hanya tersenyum kearah Zai, mungkin untuk menyedapkan hatinya sahaja.

"Aku balik dulu, next training bila?"

"Training setiap hari." Zai menganggukkan kepalanya, terus dia berjalan meninggalkan kami semua.

"Aku gerak dululah, nak hantarkan budak ni balik sekali." Danie bersuara, dia kemudiannya menunjukkan Amsyar yang sedang nyenyak tidur sambil memeluk belakang badannya. Siyes la Danie piggyback kan Amsyar, gila soft Amsyar ni.

"Macam mana dia boleh tidur?"

"Memang macam tu, kalau Amirul over-energy dia tertidur sendiri." Danie membalas ringkas, "aku pergi dulu ah, sian dekat dia."

Danie terus melangkah meninggalkan kami bersama Amsyar yang di-piggyback-nya itu. Macam manalah Danie boleh layan perangai dia, kalau dia junior boleh terima lagi Amsyar tu sebaya dengan dia.

"Danie tak kesah ke orang kata dia gay nanti?"

"Semua orang tahu Amsyar manja, gila kau Amsyar gay? Mahu bapak dia tak mengaku anak nanti." Kami bertiga kemudiannya berjalan kearah kereta masing-masing, sampai sahaja di lot parking kami berpecah.

Tangan aku menyelongkar bag adidas hitam aku, sebenarnya aku lupa aku letak kunci kereta dekat mana sejak aku balik naik dengan Harras hari Jumaat lepas. Semalampun aku masih balik dengan Harras memandangkan kaki aku tak sihat sepenuhnya lagi.

Bila dalam bag tak ada kunci aku cari dalam saku seluar pula, masih tak ada. Ah sudah, Harras dah la laju je balik tadi, memang aku ni kerja menyusahkan orang je kan? Tak ada kerja lain?

"Aduhh mana kunci ni!"

"Woi dungu." Aku memusingkan kepala untuk melihat empunya suara sumbang itu, kelibat Wais yang sedang berdiri sambil membaling-balingkan kunci kereta aku ke udara membuatkan aku sakit mata.

"Bak sini kunci aku." Tanpa rasa bersalah dia baling kunci tersebut tepat pada dahi aku, aku rasa kecantikkan aku semakin berkurang, apa dia ingat aku tak ada deria rasa ke? Sakit tahu? Sakit?

"Tadi minta." Muka tidak bersalah Wais tayangkan, "aku jumpa kunci kau dekat mini clinic hari tu."

"Dahi aku sakit."

"Haah berbekas." Dia terus berjalan menuju kearah keretanya, "balik nanti tuam dengan ais, lebam nanti bukan salah aku kau dua kali lagi hodoh."

Aku hanya memerhatikan Wais yang masuk kedalam keretanya, bila fikirkan dah lambat aku terus masuk kedalam kereta untuk bergerak pulang. Tak tahulah macam mana orang boleh minat dia, punyalah dingin macam tu pun ada peminat.

🥇🏐🥇

Aku perhatikan lama kereta yang dekat belakang ni, dari tadi dia ikut aku. Tak mungkinlah sama jalan, dah awal dari lepas keluar dari bangunan UA lagi dia ikut.

Fight or Flight? ©Where stories live. Discover now