"Jangan lupa datang esok, papa aku nak jumpa korang semua nanti aku send location dalam group." Aku melangkah keluar dari kereta proton perdana milik datuk Wais ini,
"Ok." Sepatah dia membalas, kemudian aku menutup pintu keretanya, kereta tersebut terus meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan aku. Kaki aku melangkah mendekati pintu pagar,
Aku cuba membuka pintu pagar, sudah sejak bila pintu ni berkunci. Kunci rumah aku gantung sekali dengan kunci kereta pulak tu, kunci kereta dekat dalam. Kunci pagar elektrik pulak ada dekat dalam kereta.
Bagus Farra Hanani bagus!
"Assalammualaikum!"
"Assalammualaikum!"
"Oooo Assalammualaikum!"
Tiga kali bagi salam, tiada satu pun dibalas. Aku keluarkan handphone. Mesej dari group keluarga aku tekan.
Anak-anak Papa
Papa
Papa dengan along keluar uruskan restoran hari ni, nak makan masak sendiri don't lazy-lazy.Farhan
Ahan balik rumah lepas solat jumaat.Sudah...aku nak masuk rumah macam mana pulak ni? Terus aku mendail nombor Harras, dengan harapan dia belum pergi solat jumaat lagi.
Panggilan Harras dijawab,
"Hello Harras kau dekat mana?"
Tiada sebarang sahutan,
"Meow.." Dia kena sumpah jadi kucing ke ni?
"Harras kau dengar ke tak ni?"
"Meow..." masih lagi suara kucing, tak akan lah kiko tolong angkatkan call pula, sebab benda ni terlalu buang masa aku terus matikan panggilan. Tak ada benda lain lagi boleh dibuat.
Aku kena panjat pagar yang tinggi dua meter ini.
Dengan bismillah aku mulakan pendakian, meleleh segala peluh dan segala usaha aku curahkan untuk memanjat pintu pagar ini, moga-moga tak ada orang nampak apa yang aku buat ini, atau saham aku jatuh.
Selepas berjaya mencurah segala keringat yang aku telah usahakan mendaki pintu ini akhirnya aku sampai juga di bahagian dalam rumah, peluh di dahi aku lap.
Tiba-tiba...
Aku bodoh agaknya..
Pintu ini terbuka,
Aku penat panjat pagar macam mendaki gunung berapi nak tunjukkan aku sayang—
pintu ni tak kunci pun..tak tahulah nak cakap apa..satu je nak pesan.
Kalau binat motor, main motor. Kalau binat saya pm tepi.
『〃ω〃』
"Farra dah siap belum? Cepatlah papa semua dah siap dah!" Farhan menjerit di sebalik bilik aku,
"Kau tak faham kau lelaki!" Dia fikir senang agaknya jadi perempuan ni, tahu complaint nak cepat je cubalah bawak bersabar dan bertendang, ini tidak tak nak bagi masa langsung. Perempuan mana je bersiap awal, kau cakap dengan aku. Kau talk cepat talk.
Sebab hari ni papa ada, aku tak boleh keluar hanya pakai hoodie. Kita kena nampak macam wanita melayu terakhir. Tapi aku masih tidak memakai baju kurung.
Padahal aku pakai baggy slack Warna hitam lepas tu tugged-in t-shirt warna orange dengan baggy bomber jacket yang aku tak tahu siapa punya, tudung pula shawl hitam sebab kau fikir aku nak pakai warna-warni ke? Ada tiga warna yang still gelap ni pun okay agaknya, cuma nak elak kena bebel papa je ni.
![](https://img.wattpad.com/cover/222582432-288-k44030.jpg)
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...